Utama Mobile Android OnePlus 5T diperkenalkan secara rasmi – tampil dengan paparan 18:9, sistem kamera...

OnePlus 5T diperkenalkan secara rasmi – tampil dengan paparan 18:9, sistem kamera baru

861
0

Selepas pelbagai khabar angin dan desas-desus, OnePlus 5T akhirnya kini diperkenalkan secara rasmi. Ianya tidak jauh beza dengan apa yang digambarkan oleh khabar-khabar angin sebelum ini. OnePlus 5T menampilkan paparan 18:9 dengan bezel kecil berserta sistem kamera yang baru.

Telefon pintar terbaru OnePlus ini turut menampilkan perubahan terkini dengan penggunaan paparan AMOLED dari Samsung. Pengenalan bezel yang hampir tidak kelihatan juga menjadikan telefon pintar ini tampak moden seiring dengan perubahan yang dibawakan oleh telefon-telefon pintar model terkini seperti Samsung Galaxy S8+ dan Huawei Mate 10 Pro.

Sistem dwi-kamera baru yang diperkenalkan pada OnePlus 5T ini menggunakan konfigurasi 6MP + 20MP f/1.7 dengan titik fokus yang sama panjang pada kedua-dua penderia kameranya. Salah satu kameranya, 20MP memberikan pengkhususan terhadap pencahayaan di tempat yang gelap.

Lain-lain spesifikasi, telefon pintar OnePlus ini menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 835 yang digandingkan dengan RAM 8GB, pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB (tanpa slot pengembangan SD mikro, kamera hadapan 16MP (yang juga boleh digunakan untuk membuka kunci telefon), bateri 3,300mAh dan juga sistem operasi, Android 7.1 Nougat. Sayang betul, kenapa la tak guna Oreo.

OnePlus 5T akan dijual di pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan India bermula 21 November ini. Model 64GB/RAM 6GB dijual dengan harga $499 (lebih kurang RM2,080), manakala 128GB/8GB pula dijual dengan $559 (lebih kurang RM2,330). Macam biasa, setakat ini masih belum ada berita bila telefon pintar terbaru OnePlus ini akan hadir ke Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.