Utama Mobile U Mobile perkenalkan Giler Talk, pelan prabayar panggilan tanpa had ke semua...

U Mobile perkenalkan Giler Talk, pelan prabayar panggilan tanpa had ke semua rangkaian serendah RM25 sebulan

1598
0

Pada Jun tahun lalu, U Mobile telah memperkenalkan dua pelan yang menawarkan penggunaan data tanpa had untuk RM30/bulan untuk prabayar dan RM50/bulan untuk pelan pascabayar.

Kini, lanjutan dari pakej-pakej tanpa had yang dinyatakan tadi, U Mobile kini menambah dengan memperkenalkan pakej panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Pelan yang dikenali sebagai Giler Talk GT30 ini dipaparkan pada laman web rasmi U Mobile dan ditawarkan pada kadar RM30 sebulan. Bagaimanapun, untuk tempoh pengenalan ini, kadar yang diberikan untuk pelanggan adalah pada RM25 sahaja sebulan. Setakat ini pihak U Mobile tidak menyatakan berapa lama tempoh penawaran ini ditetapkan.

Selain dari panggilan tanpa had, pelanggan juga turut menerima kuota data internet berkelajuan 4G LTE sebanyak 1GB. Pada masa yang sama, pengguna yang mempunyai pelan prabayar Unlimited Power juga berpeluang menikmati data penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter secara percuma.

Sumber berita diperoleh dari U Mobile

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.