Utama Telco Maxis Laporan Prestasi Rangkaian 2018 SKMM, Maxis berada di tangga teratas penyedia Jalur...

Laporan Prestasi Rangkaian 2018 SKMM, Maxis berada di tangga teratas penyedia Jalur Lebar Tanpa Wayar

1598
0
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Awal hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menerbitkan Laporan Prestasi Rangkaian bagi tahun 2018. Sebahagian media tempatan dipilih untuk menghadiri taklimat ringkas berkenaan laporan berkenaan oleh pihak SKMM.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan melalui akaun Twitter Soya Cincau yang menghadiri taklimat berkenaan, segmen jalur lebar tanpa wayar diungguli oleh Maxis sepanjang tahun 2018 dengan turut mencatatkan kelajuan purata 35.02 Mbps.

Selain itu, kesemua penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar di Malaysia melepasi piawaian MSQoS atau Mandatory Standards for Quality of Service yang telah ditetapkan oleh SKMM.

Menurut pihak SKMM, pengujian Laporan Prestasi Rangkaian telah dijalankan bermula dari awal Januari 2018 sehingga akhir Disember 2018. Pihak agensi turut mengambil sejumlah 21650 sampel panggilan dari 518 lokasi jalur lebar tanpa wayar untuk kesemua keenam-enam penyedia perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati di SKMM dan Soya Cincau

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.