Utama Mobile Tune Talk rai bulan Kemerdekaan dengan Pek Sim Kita Lah – Tawar...

Tune Talk rai bulan Kemerdekaan dengan Pek Sim Kita Lah – Tawar Kredit Percuma RM60

859
0

Tune Talk baru-baru ini telah melancarkan pek kad SIM terbaru, Sim Kita Lah bersempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan Kali Ke-60. Di dalam pek Sim berkenaan turut disertakan bersama kredit RM60 percuma. Promosi ini khusus untuk pelanggan pek terbaru Sim Kita Lah.

Pek Sim Kita Lah dari Tune Talk ini dijual dengan harga RM35 dan ia hadir dengan kredit isian semula RM30, data internet percuma 1GB, data bonus 500MB dan kredit percuma RM60. Tawaran ini tentunya hadir bersama-sama terma dan syaratnya. Untuk mendapatkan data bonus percuma 500MB, pengguna perlu mengaktifkannya sebelum 15 September 2017 dan perlu membuat langganan secara atas talian.

Untuk mendapatkan kredit percuma RM60 itu pula, pelanggan perlu melakukan isian semula terkumpul sehingga mencecah minima RM30 dan ke atas untuk setiap bulan. Seterusnya Tune Talk akan memberikan kredit sebanyak RM5 untuk setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut (RM5 x 12 bulan = RM60).

Selain dari promosi kredit percuma RM60, pek Sim Kita Lah dari Tune Talk ini sama dengan pek Sim Tune Talk yang lain dan ia layak untuk menerima promosi-promosi pakej prabayar Tune Talk lain yang ditawarkan dari masa ke semasa.

Layari laman rasmi Tune Talk untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pek Sim Kita Lah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.