TSMC

Sebilangan peminat-peminat dunia perkomputeran sudah sedia maklum harga perkakasan komputer bukan sesuatu yang murah. Malah, harga komponen-komponen berkaitan juga mengalami peningkatan baru-baru ini.

Keadaan dijangka menjadi lebih buruk apabila salah satu pengeluar cip terbesar di dunia, TSMC dikatakan akan menaikkan harga.

Laporan dari TweakTown menyebut pengeluar cip berkenaan mungkin akan menaikkan harga sebanyak 25% dari tahun-ke-tahun.

Ini bermakna pelanggannya yang melibatkan syarikat besar seperti AMD, Apple, Intel dan Nvidia perlu membayar pada harga yang lebih tinggi. Seterusnya akan membawa kepada kenaikan harga barangan pengeluar-pengeluar terbabit.

Peningkatan harga ini berkemungkinan ada kaitan dengan pelaksanaan pembinaan kilang pengeluaran baharu TSMC di Amerika Syarikat.

November lalu, syarikat pengeluar cip ini dilaporkan telah melaburkan sejumlah US$3.5 billion (~RM14.4 billion) bagi tujuan projek pembinaan kilang tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.