TM baru-baru ini telah menjenamakan semula perkhidmatan Wi-Fi awamnya dari TM Wifi kepada wifi@unifi. Bukan itu sahaja, perkhidmatan berkenaan turut ditawarkan secara percuma dari 16 September sehingga penghujung tahun ini berdasarkan maklumat yang disampaikan melalui laman rasmi Unifi yang berwajah baru.
Di dalam promosi percuma ini, pengguna dibenarkan untuk menggunakan perkhidamatan wifi@unifi dengan had kelajuan sehingga 4Mbps. Untuk mengaksesnya, pengguna perlu menyambungkan peranti masing-masing ke SSD “wifi@unifi” jika berada di dalam lingkungan kawasan penerimaan isyarat wifi berkenaan. Sebaik berjaya menyambung, pengguna akan dipaparkan iklan berdurasi 15 saat sebelum dibawa ke halaman mendarat (landing page).
Melalui promosi ini, akses percuma hanya dihadkan kepada 30 minit untuk setiap hari pada kelajuan maksimum sambungan 1Mbps. Bagi pelanggan Unifi dan Streamyx pula, akses dihadkan kepada kuota 500MB setiap hari dengan kelajuan maksimum 4Mbps. Bagaimanapun, pengguna yang ingin mendapatkan akses tanpa had dikehendaki untuk membayar sebanyak RM3 untuk sehari.
Dalam perkembangan yang sama, TM turut menyatakan sebuah aplikasi khusus untuk perkhidmatan wi-fi berkenaan turut disediakan. Walaubagaimanapun, berdasarkan semakan semasa artikel ini ditulis, aplikasi tersebut masih belum lagi tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store dan juga di Google Play.
Sumber berita diperoleh dari Unifi