Utama Internet TM Secara Rasmi Umum Kerjasama dengan Netflix, bermula dari Oktober 2017

TM Secara Rasmi Umum Kerjasama dengan Netflix, bermula dari Oktober 2017

788
0

Pelanggan TM buat masa ini menikmati akses ke perkhidmatan seperti iFlix dan Viu. Kini, melalui kerjasama dengan Netflix pelanggan TM berpeluang mendapatkan perkhidmatan tambahan melalui penawaran terbaru ini kelak.

Sungguhpun perincian dari hasil kerjasama ini masih lagi belum didedahkan, rakyat Malaysia dijangka ditawarkan akses yang lebih mudah untuk mendapatkan kandungan-kandungan terbaik dari Netflix. Ini berdasarkan apa yang ditawarkan kepada pelanggan TM melalui hasil kerjasama dengan iFlix.

Cuma, tidak dapat dipastikan sama ada penawaran akses perkhidmatan Netflix percubaan ditawarkan secara percuma untuk beberapa bulan atau langganan melalui TM.

Perkembangan ini dijangka tidak akan memberi kesan terhadap penggunaan perkhidmatan iFlix memandangkan kandungan-kandungan yang ditawarkan oleh Netflix dan iFlix adalah berbeza. Netflix menawarkan kandungan-kandungan asalnya sendiri, manakala iFlix pula menawarkan media strim dari kandungan tempatan dan juga dari Asia.

Sumber berita diperoleh dari The Edge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.