Utama Mobile Android HTC U Ultra Sapphire Edition kini kurang RM700 di Malaysia

HTC U Ultra Sapphire Edition kini kurang RM700 di Malaysia

1022
0

HTC U Ultra merupakan salah sebuah telefon pintar flagship dari HTC, syarikat yang berpangkalan di Taiwan. Baru-baru ini telefon pintar berkenaan telah mendapat potongan harga sehingga RM700. Namun, ianya khusus untuk model edisi terhad HTC U Ultra Sapphire Edition.

Potongan harga ini ditawarkan bagi pembelian melalui DirectD. Pada asalnya, untuk model ROM 64GB, RAM 4GB ia dijual pada harga RM2599 dan selepas pemotongan ia kini dijual pada harga RM2299. Manakala untuk model ROM 128GB, 4GB RAM pula ia dijual pada harga asal RM2999 dan selepas dipotong, ia dijual pada RM2499.

Sesuai dengan namanya, HTC U Ultra Sapphire Edition dibezakan dengan U Ultra biasa pada paparan gelas nilamnya (sapphire) yang mana lebih tahan calar. Selain itu, ia turut menggandakan kapasiti yang ditawarkannya sehingga 128GB.

Selain dari dua perbezaan yang dinyatakan tadi, Sapphire Edition secara amnya menampilkan spesifikasi yang sama dengan model biasa. Antaranya termasuklah, paparan 5.7-inci 1440p Super LCD 5, papan sekunder 2.05-inch 1040 x 160 , chipset Qualcomm Snapdragon 821 yang digandingkan dengan RAM 4GB, kamera belakang 12MP dan kamera depan 16MP dan juga bateri 3,000mAh.

Melalui pemotongan harga ini mungkin mampu menarik minat pembeli yang ingin mendapatkan telefon pintar flagship pada harga yang menarik.

Sumber berita diperoleh dari DirectD

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.