Utama Mobile Telco TIME tawar promosi Pakej Internet 500Mbps RM129/bulan & 1Gbps RM189/bulan

TIME tawar promosi Pakej Internet 500Mbps RM129/bulan & 1Gbps RM189/bulan

1432
0

TIME kini menawarkan promosi diskaun untuk pakej internet 500Mbps pada kadar RM129 sebulan. RM10 lebih murah berbanding kadar biasa yang ditawarkan pada harga RM139.

Pakej diskaun ini bagaimanapun diberikan kepada pengguna-pengguna yang baru mendaftar dan hanya terhad untuk tempoh 24 bulan pertama sahaja. Selain itu, pelanggan-pelanggan juga dikehendaki untuk mengikat kontrak selama 24 bulan untuk pelan internet berkenaan.

Tawaran diskaun RM10 ini juga turut ditawarkan untuk pelan internet 1Gbps pada kadar RM189 berbanding kadar biasa pada RM199 sebulan.

Bagi pelanggan-pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung ke laman rasmi TIME untuk maklumat lanjut dan membuat pendaftaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.