Utama Telco Celcom Celcom Xpax kini menawarkan Internet Tanpa Had serendah RM1

Celcom Xpax kini menawarkan Internet Tanpa Had serendah RM1

1402
0

Celcom baru-baru ini telah mengumumkan tawaran internet tanpa had untuk pelanggan-pelanggan pelan prabayar Celcom Xpax. Dikenali sebagai Ultra Hour Pass, tawaran terbaru internet tanpa had ini boleh didapati pada harga serendah RM1 melalui pas waktu terhad.

Bagi pas berharga RM1, Ultra Hour Pass menawarkan akses internet tanpa had dalam tempoh 1 jam sahaja. Selain itu, pas berkenaan turut ditawarkan mengikut tempoh-tempoh tertentu seperti:

  • RM1 untuk 1 jam
  • RM2 untuk 3 jam
  • RM5 untuk 12 jam
  • RM8 untuk 24 jam

Untuk mendapatkan Ultra Hour Pass, pelanggan-pelanggan Xpax hanya perlu melog masuk ke aplikasi Celcom Life dan pilih “Buy More” bagi mendapatkan pilihan pas akses yang dikehendaki.

Bagaimanapun, pas internet tanpa had ini hanya boleh digunakan pada peranti mudah alih sahaja dan tidak boleh digunakan untuk sambungan secara hotspot dan tethering.

Maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Celcom.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.