Utama Automotif Tesla Model Y kini boleh ditempah secara rasmi di Malaysia, Harga dari...

Tesla Model Y kini boleh ditempah secara rasmi di Malaysia, Harga dari RM199,000

437
0
Tesla Model Y Deep Blue

Tesla Malaysia secara rasminya akan dilancarkan pada minggu hadapan dan kini harga jualan bagi Tesla Model Y di pasaran Malaysia telah pun didedahkan.

Menurut laporan dari portal Paultan, laman jualannya telah pun dimuatkan di dalam talian dan harga bagi SUV elektrik sepenuhnya berkenaan dijual pada RM199,000. Secara perbandingan, ia lebih murah jika dibandingkan dengan harga jualannya di Singapura dan juga Thailand.

Harga Tesla Model Y di Malaysia

Tesla Model Y hadir dengan tiga versi bagi pasaran Malaysia yang merangkumi model pacuan roda belakang, dan juga pacuan empat roda dwi-motor. Harganya pula adalah seperti berikut:

  • Pacuan roda belakang (Rear Wheel Drive) – RM199,000
  • Pacuan Seluruh Roda Jarak Jauh (All-Wheel Drive Long Range) – RM246,000
  • Pacuan Seluruh Roda Berprestasi (All-Wheel Drive Performance) – RM288,000

Tesla Model Y WebsiteKesemua model-model Tesla ini diimport sepenuhnya dan kini menikmati insentif kenderaan elektrik (EV) seperti pengecualian duti import dan eksais, serta cukai jalan percuma sehingga penghujung 2025.

Formula cukai jalan untuk EV sedang diteliti dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini menyatakan cukai jalan untuk EV akan lebih murah daripada kenderaan berenjin pembakaran dalaman (contoh: petrol, diesel).

Pilihan Warna Tesla Model Y

Tesla Model Y Pearl WhiteTerdapat lima warna pilihan yang ditawarkan iaitu Pearl White, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue dan Red. Hanya pilihan Pearl White sahaja tidak didatangkan dengan kos tambahan seperti tiga warna lain yang perlu menambah sebanyak RM5,000 lagi. Untuk model Red pula, harga tambahannya RM10,000.

Berdasarkan laman web jualan rasminya (biasa dipanggil configurator), terdapat pilihan naik taraf penambahan lain dengan kadar bayaran tambahan yang telah ditetapkan. Naik taraf dari tayar 19″ Gemini kepada Tayar Induksi 20″ perlu menambah sebanyak RM10,000 lagi selain anda juga boleh mengubah rekaan dalamannya dari Black kepada White dengan bayaran tambahan sebanyak RM5,000.

Tesla Model Y InteriorAnda juga menaik taraf dari segi keupayaan sokongan teknologinya pada harga seperti berikut:

  • Panduan Automatik Dipertingkatkan (Enhanced Auto Pilot) – RM16,000
  • Keupayaan Pemanduan Kendiri Sepenuhnya (Full Self-Driving Capability) – RM32,000

Tempahan Tesla Model Y di Malaysia

Tempahan kini dibuka di dalam talian dengan bayaran cagaran tidak boleh dituntut sebanyak RM1,000 melalui kad debit atau kredit. Untuk Model Y pacuan roda belakang warna Pearl White berharga RM205,700 termasuk kos penghantaran, nombor plet dan bayaran pesanan. Cukai dan bayaran-bayaran lain bagaimanapun tidak dimasukkan.

Tesla Model Y Delivery MalaysiaUntuk pilihan bayaran secara hutang bagi tempoh lima tahun, ansuran bulanannya dianggarkan RM3,420 sebulan dengan cengkeram sebanyak RM20,400.

Bagaimanapun, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk pesanan kenderaan elektrik tersebut disiapkan kerana Tesla Malaysia menganggarkan garis masa penghantarannya seawal 2024.

Menurut dokumen perlindungan waranti rasminya, kenderaan Tesla dilindungi dengan waranti kenderaan asas 4-tahun / 8,000 km. Untuk baterinya pula tempoh warantinya adalah 8-tahun / 160,000 km atau 192,000 bagi versi Jarak Jauh (Long Range) dan Berprestasi (Performance) dengan kapasiti ketahanan bateri minima 70%.

Spesifikasi Tesla Model Y

Spesifikasi Tesla Model YTesla Model Y merupakan kereta paling laris di dunia bagi tempoh suku pertama 2023, mengatasi Toyota Corolla. Dari segi spesifikasinya, Model Y standard dengan motor tunggal pacuan roda belakang mempunyai daya tolakan 255kW (347hp) dan tork 420Nm.

Ia mampu memecut 0-100km/h dalam tempoh 6.9 saat dengan tahap kelajuan tertingginya 217km/h. Dilengkapkan dengan bateri 57.5kWj, Model Y pacuan roda belakang ditarafkan dengan jarak 430km pada kitaran WLTP.

Tesla Model Y All-Wheel-Drive Long Range

Untuk jarak yang lebih jauh dan juga prestasi yang lebih tinggi, anda boleh menambah lagi sebanyak RM47,000, menjadikan harga bagi Model Y Pacuan Semua Roda Jarak Jauh (All-Wheel-Drive Long Range) RM246,800.

Kenderaan dwi-motor ini mampu memberikan daya tolakan 378kW (506hp) dan tork 493Nm. Ia juga boleh memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 5.0 saat sahaja. Baterinya juga lebih besar pada 75kWj dan mempunyai penarafan jarak WLTP 533km. Tahap kelajuan tertingginya pula bagaimanapun masih sama iaitu 217km/j.

Tesla Model Y Performance

Tesla Model Y RedSeterusnya Tesla Model Y Berprestasi (Performance) memerlukan anda menambah sebanyak RM46,000 dari kos Model Y Pacuan Semua Roda Jarak Jauh tadi. Pada harga RM288,000 kenderaan ini mempunyai daya tolakan 393kW (527hp) dan tork 660Nm.

Ia juga mempunyai kuasa pecutan 0-100kmj dalam masa hanya 3.7s selain mempunyai kelajuan maksima 250kmj. Dari segi jarak, kereta elektrik dari Tesla ini boleh pergi sehingga 514km.

Tempat mengecas, Tesla Supercharger di Malaysia

Tesla SuperchargerKemasukan Tesla ke pasaran Malaysia bukan sekadar penjualan kenderaan elektriknya sahaja. Malah ia turut melibatkan rangkaian tempat pengecasnya yang dikenali sebagai Supercharger.

Laman web rasmi Tesla Malaysia menyenaraikan 10 lokasi Supercharger yang akan dibuka. Ia meliputi kawasan di sekitar Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, Tesla perlu memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun. Supercharger berkenaan mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 270km dengan tempoh mengecasnya hanya dalam 15 minit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.