Utama Automotif Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

289
0
Tesla Malaysia 20 Julai 2023

Tesla baru-baru ini telah mengesahkan tarikh pelancarannya di Malaysia tidak lama selepas membuka iklan jawatan kosong bagi memenuhi keperluan operasinya untuk pasaran tempatan.

Dua minggu dari sekarang, Tesla akan mengadakan acara pelancaran tersebut pada hari Khamis, 20 Julai 2023. Berdasarkan email jemputan yang dihantar, pelancaran tersebut turut membolehkan pihak Tesla berkongsi “Pelan Besar (Masterplan)” bagi pasaran Malaysia.

Turut dipamerkan di dalam acara tersebut berkenaan bagaimana misi Tesla dan teknologi kenderaan elektriknya membantu mewujudkan masa depan lestari.

Seperti yang dijangka, pengeluar berkenaan tidak menyatakan kenderaan elektrik (electric vehicle, EV) apa yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia. Melalui imej acah yang dikongsikan, ia menunjukkan bahagian hadapan SUV Tesla Model Y. Tidak dapat dipastikan sama ada pasaran tempatan kelak mengikut jejak langkah Thailand dan Singapura yang juga melancarkan model SUV yang sama.Tesla Model 3 dan Tesla Model Y

Selain dari melancarkan EV keluarannya, terdapat kemungkinan Tesla akan memperkenalkan infrastruktur Supercharger untuk mengecas kenderaan elektrik keluaran Tesla di Malaysia.

Berbanding di Amerika Syarikat yang menggunakan plag North American Charging Standard (NACS) di Malaysia mungkin akan menggunakan penyambung Combined Charging System (CCS). Hal ini kerana penggunaan teknologi penyambung CCS biasa digunakan di rantau Asia sebagaimana yang telah pun digunakan di Thailand dan Singapura.

Maklumat lanjut, layari Tesla Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.