Anda berminat untuk bekerja dengan Elon Musk?
Jika anda benar-benar berminat, ini peluang anda untuk menghadiri temuduga terbuka Tesla Malaysia pada 17 Jun 2023, bermula dari 12 tengahari sehingga 4 petang di Cyberview, Cyberjaya.
Pelbagai jawatan kosong kini dibuka untuk calon-calon yang layak merangkumi:
- Sales Advisor/Inside Sales Advisor
- Enterprise Sales Advisor
- Delivery Advisor
- Customer Support Specialist
- Service Advisor
Calon-calon yang berminat boleh mengimbas kod QR yang disediakan seperti di dalam gambarajah di bawah untuk keterangan lanjut. Temuduga ini juga tidak memerlukan pendaftaran untuk hadir dan calon-calon boleh hadir terus ke lokasi.
Difahamkan, jawatan yang dibuka untuk diisi ini tidak terhad seperti yang disenaraikan di atas. Terdapat banyak lagi senarai jawatan yang dibuka oleh Tesla Malaysia yang boleh diakses menerusi halaman Tesla Careers.
Untuk jawatan-jawatan kosong ini bagaimanapun tidak ditawarkan di dalam temuduga terbuka pada tarikh berkenaan. Anda boleh terus memohon pada halaman Tesla Careers jika berminat untuk menyertai pasukan kerja Tesla Malaysia.