Berita baik buat para peminjam-peminjam PTPTN. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah iPhone X atau Huawei P10 yang bernilai sehingga RM5,149 bagi peminjam yang bersetuju untuk membuat pembayaran semula sehingga 31 Disember 2017 ini.
Bersempena ulang tahun ke-20 PTPTN, pemegang PTPTN yang membuat pembayaran semula layak untuk mendapat satu penyertaan bagi setiap RM1,000 yang dibayar. Makna kata, lagi banyak anda bayar, lagi tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Berupa sebuah unit iPhone X (hadiah utama) dan 19 unit Huawei P10.
Cara ini merupakan salah satu kaedah bagi PTPTN untuk mendapatkan semula wang pinjaman yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar sebelum ini.
Di dalam sesi pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan diskaun 20 peratus akan diberikan kepada semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2018.
Sumber berita diperoleh dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional