Utama Apple Lelaki ini menyaman Apple selepas iPhone X miliknya meletup di dalam poket

Lelaki ini menyaman Apple selepas iPhone X miliknya meletup di dalam poket

458
0

Apple bakal berdepan tindakan mahkamah Australia selepas seorang pengguna iPhone X mendakwa perantinya meletup. Akibat dari letupan yang berlaku di dalam poket seluar pengguna tersebut, beliau telah mengalami kelecuran.

Menurut laporan dari 7 News, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2019 dan lelaki berkenaan kini mengambil tindakan selepas Apple gagal memberikan maklum balas.

Robert De Rose, seorang saintis, sedang berada di pejabatnya pada hari kejadian. Pada mulanya beliau mendengar bunyi letupan sayup-sayup, diikuti bunyi mendesis dari poket seluar yang dipakainya.

Sejurus itu beliau melompat kerana merasa amat sakit dan menyedari ianya disebabkan oleh iPhone beliau. Ketika peranti berkenaan dikeluarkan dari poket seluar, beliau mendapati terdapat asap hitam berkepul terbit darinya.

Akibat dari letupan tersebut, beliau telah mengalami kecederaan melecur tahap dua pada bahagian pehanya. Beliau mendakwa telah cuba menghubungi pihak Apple untuk mendapatkan maklum balas, tetapi gagal.

Kejadian ini boleh dianggap sebagai kes terpencil kerana ianya pertama kali berlaku dari jutaan unit iPhone X yang terjual di seluruh dunia.

Letupan dan kebakaran pada peranti elektronik boleh berlaku pada apa jua peranti dan tidak semestinya pada sesuatu jenama. Tetapi kemungkinan untuk ianya boleh berlaku adalah amat jarang.

Imej dari 7 News

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.