Utama Komputer Sebab kenapa kita tidak boleh selalu sangat buat overclock pada pemprosesan komputer

Sebab kenapa kita tidak boleh selalu sangat buat overclock pada pemprosesan komputer

1507
2

Bila kita melakukan overclock pada sesebuah perkakasan terutamanya cip pemprosesan, kita sebenarnya telah memaksa perkakasan tersebut untuk berfungsi pada kadar yang lebih laju dari tahap maksimum yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

Setiap pemprosesan pada kebiasaannya didatangkan dengan kelajuan klok tertentu yang telah ditetapkan mengikut jenis pakej yang dijual, seperti 3.1 Ghz misalnya. Namun begitu, kelajuan berkenaan cuma anggaran sahaja dan kadangkala kelajuannya boleh melepasi sedikit dari apa yang dilabelkan mengikut tahap penggunaan tertentu. Biasanya, takda apa-apa masalah pun sebab masih lagi dalam lingkungan yang selamat.

Selain dari pemproses, kita juga boleh melakukan overclock terhadap perkakasan-perkakasan lain seperti RAM dan pemprosesan grafik. Tapi untuk artikel ni kita cerita overclock kat pemprosesan je dulu.

Jadi, kenapa sesetengah pengguna melakukan overclocking?

Salah satu sebabnya adalah untuk menambahkan lagi kelajuan komputer. Tapi benda ni bukannya kita boleh buat selalu.

Antara sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk melakukan overclock terhadap pemprosesan komputer adalah ia boleh mengakibatkan kerosakan yang berpunca dari kepanasan yang melampau. Untuk itu, bagi anda yang berhasrat ingin melakukan overclock pada komputer, pastikan komputer anda mempunyai aliran pengudaraan yang baik bagi mengurangkan risiko kepanasan melampau pada pemproses anda.

Bagi pengguna laptop biasa, saya nasihatkan agar anda elakkan dari melakukan overclocking pada pemprosesan laptop anda memandangkan sistem pengudaraan dalaman laptop biasanya tidak sebaik komputer desktop. Ia juga lebih cepat panas jika rekabentuknya sendiri sememangnya disengajakan untuk jadi cepat panas oleh pengeluarnya.

Pengguna yang melakukan overclock harus mengetahui bahawa melakukan overclocking pada pemprosesan boleh menyebabkan jaminan yang diberikan oleh pengeluar terhapus. Jadi, elakkan dari melakukannya jika anda baru sahaja membelinya tidak sampai tempoh satu tahun.

Walaubagaimanapun, untuk model-model pemprosesan jenis baru baik Intel atau AMD, kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi untuk melakukan peningkatan kuasa yang mirip overclock. Untuk Intel, ia dikenali sebagai Turbo Boost, manakala AMD pula ia dinamakan sebagai Turbo Core. Kedua-dua konsep ini membolehkan kuasa pemprosesan pengguna ditingkatkan ke tahap maksimum atau lebih sedikit dari tahap ‘normal’ secara dinamik mengikut tahap keperluan semasa. Ia akan dikembalikan ke tahap normal semula apabila pengguna menggunakan komputer untuk melakukan tugasan-tugasan yang ringan.Intel Turbo Boost1

Akhir sekali, melakukan overclocking bukanlah satu-satunya cara bagi meningkatkan prestasi keseluruhan komputer anda. Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhinya seperti jumlah RAM, jenis hard disk serta pemproses grafik yang digunakan. Lagipun, pemproses power macam mana sekali pun tapi RAM, hard disk, grafik semua barai, memang tak jadi apa pun. Selalu gamers la yang rajin buat overclock ni. Takkan Pembantu Tadbir Kewangan W17 buat overclock semata-mata nak buat calculation Tuntutan Perjalanan staf jabatan.

Bagi anda yang berhasrat ingin cuba melakukan overclock pada pemprosesan model lama, anda boleh melakukannya melalui tetapan BIOS anda. Bagaimanapun, sebelum nak buat tu, baca betul-betul manual pemproses dan BIOS anda terlebih dahulu supaya anda benar-benar faham risiko melakukan overclocking ini.

 

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.