Kuala Lumpur, 13 Februari 2023 – Berikutan landskap perniagaan yang kian mencabar, syarikat permulaan teknologi tempatan StoreHub baru-baru ini memperkenalkan alat automasi, StoreHub Engage, bagi membantu peruncit dan restoran berinteraksi dengan pelanggan, memacu jualan berulang dan membina kesetiaan pelanggan dengan mengautomasikan kempen SMS yang diperibadikan.
Terdapat lebih dari 300 perniagaan yang menggunakan StoreHub Engage, menyaksikan banyak restoran dan peruncit mendapat pulangan pelaburan purata sehingga 18 kali ganda melalui lonjakan pelanggan berulang serta pelanggan baharu yang dibawa masuk oleh penarafan Google yang dipertingkatkan.
Diintegrasikan sepenuhnya ke dalam platform titik jualan (POS) StoreHub, ciri ini membolehkan perniagaan yang sudah menggunakan ekosistem StoreHub untuk mengautomasikan sebanyak empat kempen SMS diperibadikan kepada pelanggan sedia ada dalam pangkalan data mereka. Ini termasuk menghantar peringatan pulangan tunai dan kod baucar hari jadi – bertujuan bagi memastikan pelanggan sedia ada untuk kembali berbelanja dengan perniagaan tersebut.
Dengan perbelanjaan pengguna yang dijangka perlahan tahun ini di samping peningkatan kos tenaga kerja dan bahan makanan, pendigitalan bukan lagi sesuatu yang bagus untuk dimiliki oleh PKS. Malah, SAMENTA (Persatuan PKS Malaysia) baru-baru ini telah menggesa perniagaan F&B dan peruncitan tempatan untuk mengguna pakai sepenuhnya pendigitalan sebagai cara untuk menjimatkan kos melalui peningkatan produktiviti.
Mengulas mengenai landskap PKS semasa, Wai Hong Fong, Ketua dan Pengasas bersama StoreHub, berkata, “Perniagaan yang dijalankan secara tradisional kebiasaannya kekurangan akses kepada kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghubungi pelanggan mereka. Jadi, kami membina Engage untuk membantu mereka mengautomasikan isu tersebut.
“Bayangkan hari ini adalah hari lahir pelanggan anda, sistem Engage akan menghantar SMS yang diperibadikan secara automatik kepada mereka dengan kod baucar unik. Pemilik perniagaan tidak lagi perlu menjalankan program kesetiaan pelanggan yang mahal dan memakan masa, kerana mereka kini boleh mengautomasikannya”, kata Fong.
Pemilik bisnes yang sudah mengguna ekosistem StoreHub boleh mengautomasikan sebanyak empat kempen SMS yang boleh disesuaikan dan disasarkan kepada pelanggan dalam pangkalan data mereka – termasuk Peringatan Pulangan Tunai, Promosi Hari Lahir, Dapatkan Kembali Pelanggan yang Hilang serta Meningkatkan Ulasan Google.
“StoreHub Engage bukan sahaja membantu kami memperoleh kembali pelanggan yang pernah datang ke kedai kami, tetapi memberi kami input berharga tentang perjalanan setiap pelanggan tersebut – termasuk jumlah yang mereka belanjakan dan kekerapan mereka kembali. Ini membantu kami merancang dengan lebih baik tentang cara bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan kami”, kata Ajeep Badaru, Pengurus Operasi di restoran tempatan Teh Tarik Place, cawangan Kota Warisan.
Selain itu, jenama pakaian tempatan, pemilik Jeel Official, Yash Rajesh, memaklumkan berlakunya peningkatan dalam jualan selepas menggunakan Engage, “Sebagai perniagaan menjual pakaian budaya, ciri ini telah membantu saya menjangkau pelanggan saya dan meningkatkan jualan walaupun bukan ketika musim perayaan, sekaligus menjimatkan masa yang boleh saya gunakan untuk menguruskan bahagian lain perniagaan dengan lebih lancar.”
Michelle Liu, salah seorang pemilik kafe Fin KL, turut menyuarakan pengalaman mereka, “StoreHub Engage telah membantu kami memperoleh hasil keuntungan lebih banyak menerusi pelanggan yang berulang. Sangat bagus kerana fungsi yang berguna seperti ini bukan sahaja boleh diyakini dan membantu perniagaan kami, tapi mudah digunakan.”
StoreHub Engage ialah ciri terbaharu yang disepadukan ke dalam platform StoreHub – sebuah ekosistem dengan lebih 30 ciri yang dibina untuk perusahaan F&B dan peruncitan tempatan beroperasi dengan lebih cekap dan berkembang. Platform ini bermula sebagai POS berasaskan awan kemudiannya berevolusi menjadi suit lengkap penyelesaian termasuk penjejakan inventori, pengurusan kakitangan, pesanan dan pembayaran automatik, pelaporan dan analisis masa nyata dan banyak lagi.
Pemilik perniagaan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang StoreHub Engage boleh menempah demo percuma di sini.