Utama Android Realme Realme 10 dilancarkan di Malaysia; Hadir dengan Skrin AMOLED 90Hz, kamera 50MP,...

Realme 10 dilancarkan di Malaysia; Hadir dengan Skrin AMOLED 90Hz, kamera 50MP, storan 256GB pada harga kurang RM1,000

709
0
realme-10-malaysia-KV

Dua minggu selepas realme 10 Pro dan 10 Pro+ dilancarkan, realme 10 kini secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia. Telefon pintar realme berharga bawah RM1,000 terkini ini diletakkan setara dengan Poco X5 dan HONOR X8a.

Spesifikasi realme 10

realme 10 mempunyai skrin AMOLED Full HD 6.4-inci yang dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Paparannya ini juga mempunyai kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar nisbah kontras 4,000,000:1.

Ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G99 yang dipadankan RAM 8GB yang boleh diperluaskan secara maya menerusi ciri  Dynamic Ram Expansion (DRE). Storan yang ditawarkannya juga agak luas dengan kapasiti 256GB.

realme-10-malaysia-1Untuk mengambil gambar, telefon pintar ini menyediakan dwi-kamera yang mengandungi kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera monokrom 2MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan kamera 16MP.

Menguasakan realme 10, sebuah bateri berkapasiti 5,000mAh yang yang menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Turut disediakan adapter pengecasan pantas SuperVOOC 33W.realme-10-malaysia-specs

Lain-lain ciri, telefon pintar dengan sokongan rangkaian 4G ini juga menyokong Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 5.3. Terdapat satu pembesar suara dengan ciri “200% Ultraboom” dan sokongan Hi-Res dan bicu audio 3.5mm. Ia menggunakan Android 12 melalui antaramuka Realme UI 3.0.

Harga realme 10 di Malaysia

rrealme-10-malaysia-2ealme 10 dengan dengan RAM 8GB dan storan 256GB secara rasminya dijual pada harga RM999 di Malaysia. Pra-tempahannya dibuka bermula dari hari ini, 14 Februari sehingga 16 Februari 2023.

Bersempena dengannya realme menawarkan pelbagai penawaran percuma bernilai sehingga RM268 yang merangkumi waranti skrin retak selama 1-tahun bernilai RM99 dan realme Band 2 bernilai RM169. realme 10 ditawarkan dengan pilihan warna Clash White dan Rush Black. Anda yang berminat boleh membuat pra-tempahan menerusi Lazada dan Shopee, selain boleh didapati menerusi wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.