Utama Android Xiaomi Spesifikasi untuk model-model Xiaomi 12S dan 12S Pro tertiris

Spesifikasi untuk model-model Xiaomi 12S dan 12S Pro tertiris

32
0
xiaomi 12 pro
Foto Hiasan, Xiaomi 12 Pro dari Xiaomi China

Xiaomi dikatakan sedang merancang untuk melancarkan dua model baharu untuk telefon pintar mercu generasi berikutnya pada minggu depan, bersama-sama varian Ultra. Kini, maklumat baharu berkenaan spesifikasi bagi kedua-dua peranti tersebut iaitu Xiaomi 12S dan 12S Pro telah tertiris menerusi pentiris maklumat tegar Mukul Sharma di Twitter.

Menurut beliau, model-model tersebut akan mengandungi varian yang terdiri dari satu jenis standard dan dua lagi jenis Pro. Xiaomi 12S standard dikatakan akan menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang bergandingan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

Dalam pada masa yang sama, varian Xiaomi 12S Pro pula dikatakan sama ada menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 atau MediaTek Dimensity 9000. Model Pro ini juga akan ditawarkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

Menariknya, maklumat dari pentiris berkenaan juga mendakwa Xiaomi 12 Pro yang menggunakan Snapdragon akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas 120W dari Xiaomi. Bagaimanapun, kelajuan pengecasan bagi model standard dan yang menggunakan cipset Dimensity 9000 tidak diketahui. Malah, kamera bagi ketiga-tiga model berkenaan juga tidak diketahui.

Pun begitu, Xiaomi setakat ini masih belum mengesahkan sama ada siri Xiaomi 12S akan diperkenalkan tidak berapa lama lagi. Jika maklumat-maklumat dari khabar angin tepat, dijangkakan siri Xiaomi 12S akan diperkenalkan sekitar bulan Julai ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.