Utama Komputer Intel Spesifikasi Intel Coffee Lake-S didakwa telah tertiris

Spesifikasi Intel Coffee Lake-S didakwa telah tertiris

738
0

Spesifikasi untuk pemprosesan desktop Intel Generasi Kelapan yang terbaru, Coffee Lake-S telah tertiris di internet minggu lepas. Antara pemprosesan yang didakwa telah tertiris termasuklah dua Core i7, dua Core i5 dan satu snapshot aplikasi CPU-Z yang memaparkan spesifikasi sebuah pemprosesan yang tidak dapat dikenalpasti. Barisan pemprosesan terbaru ini dijangka dilancarkan sekitar bulan Ogos ini.

Chip pemprosesan desktop ini turut menawarkan penggunaan enam teras CPU di dalamnya. Sungguhpun begitu, untuk Core i3 Coffee Lake, jumlah teras tertinggi yang ditawarkan adalah sehingga empat teras.

Menurut Wccftech, terdapat empat buah pemprosesan desktop Coffee Lake-S 6 teras yang telah tertiris maklumatnya, iaitu – Core i7-8700K, Core i7-8700, Core i5-8600K dan Core i5-8400. Chip pemprosesan Coffee Lake dibina melalui proses fabrikasi 14nm.

Ia akan hadir dengan sokongan Memori Saluran Berganda DDR4 2400MHz, Soket LGA 1151, chipset Intel 300 Series serta banyak lagi. Chip Coffee Lake yang baru ini turut menyokong Thermal Design Power (TDP) sehingga 95W.

Di dalam perkembangan yang sama, laman Videocardz turut menerbitkan maklumat yang tertiris berkenaan chip pemprosesan Intel yang terbaru ini. Ianya merupakan pemprosesan model lain dan tidak sama dengan chip pemprosesan yang dilaporkan oleh Wccftech. Melalui snapshot berkenaan, chip tersebut menampilkan ciri 6 teras dengan 12 thread.

Ia merupakan chip pemprosesan berkuasa rendah dengan TDP maksima sehingga 80W. Pemprosesan ini hadir dengan frekuensi klok asas 3.5GHz dan boleh dipertingkatkan sehingga 3.9GHz apabila mod Turbo Boost diaktifkan.

Barisan chip pemprosesan desktop Intel Coffee Lake S dijangka dilancarkan sekitar separuh tahun kedua 2017 dan berkemungkinan besar pada Gamescom 2017 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan Ogos nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.