Utama Mobile Digi pertingkat pemancaran 4G dengan rangkaian 900MHz; janji isyarat lebih baik dalam...

Digi pertingkat pemancaran 4G dengan rangkaian 900MHz; janji isyarat lebih baik dalam MRT

1405
0

Digi telah berkongsikan beberapa perincian berkenaan rangkaian 900MHz yang telah pun diaktifkan sejak 1 Julai 2017 yang lalu. Digi sebelum ini telah pun menerima spektrum yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia mengikut spektrum radio masing-masing berdasarkan keperluan syarikat telekomunikasi pada tahun lepas.

Menurut Digi, rangkaian internet 4G 900MHz yang disediakan oleh mereka kini telah mencapai 15 peratus dari keseluruhan populasi seluruh Malaysia yang terdiri dari penduduk-penduduk di 51 buah bandar dan sesetengah kawasan luar bandar. Berdasarkan peta liputan semasa, kebanyakan kawasan liputan 4G 900MHz lebih tertumpu di Semenanjung Malaysia berbanding kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak.

Walaupun angka 15 peratus mungkin kelihatan kecil, pihak telco berkenaan yakin spektrum 900MHz mampu berkembang sehingga 86 peratus liputan penduduk dengan 295 bandar menjelang suku tahun kedua 2017. Hal ini berikutan spektrum 900MHz mampu pergi lebih jauh berbanding spektrum sedia ada 1800MHz dan 2600MHz selain liputan dalam bangunan yang lebih kuat.

Dalam perkembangan yang sama juga, Digi turut menyatakan pengguna dapat menggunakan rangkaian internet 4G di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh – Kajang termasuklah di bahagian-bahagian bawah tanah laluan berkenaan. Buat masa ini, spektrum yang digunakan adalah 2600MHz dan pihak Digi menyatakan kesediaannya untuk meningkatkannya ke 900MHz dan ini bergantung dengan kelulusan dari pihak MRT Corp.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.