Utama Android Sony Sony Xperia 5 V dilancarkan secara rasminya; Dilengkapi dengan Kamera Utama 1/1.35-inci...

Sony Xperia 5 V dilancarkan secara rasminya; Dilengkapi dengan Kamera Utama 1/1.35-inci 52MP

153
0

Sony telah memperkenalkan telefon pintar andalan kompak baharunya Xperia 5 V baru-baru ini membawakan sistem kamera yang diperbaharui. Ia tidak lagi menawarkan unit kamera telefoto, namun memiliki sensor untuk kamera utama yang lebih besar.

Paparan skrin untuk model telefon pintar ini masih lagi sama melalui panel OLED 6.-1inci FHD+ 120Hz bernisbah 21:9. Pada sisi kiri dan kanannya pula diapit dengan sepasang pembesar suara stereo. Sesuatu yang unik bagi telefon pintar keluaran tahun ini, Sony masih menyediakan bicu audio 3.5mm untuknya.

Pemprosesan Qualcomm yang paling terkini, Snapdragon 8 Gen 2 digunakan untuk memacu Xperia 5 V. Ia juga dibantu oleh RAM 8GB dan storan 128GB berserta slot kad mikroSD sebagai penambahan ruang storan.

Seterusnya pada bahagian belakang, Sony tidak lagi menyediakan tetapan tri-kamera untuk siri ini. Sebaliknya ia digantikan dengan dwi-kamera yang mengandungi kamera utama 1/1.35-inci 52MP dan kamera ultra lebar 1/2.5-inci 12MP dengan jarak fokal 16mm. Kedua-dua kamera ini juga terdapat pada model Xperia 1 V.Sony Xperia 5 V

Memandangkan saiz sensor kamera utamanya ini lebih besar dan optik yang lebih terang, ia berkeupayaan mengumpulkan cahaya dengan lebih baik bagi menghasilkan foto yang terang dan jelas.

Telefon pintar andalan yang masih mengekalkan saiz kompaknya ini bagaimanapun sedikit berat sebanyak 11 gram dan juga sedikit tebal dari keluaran sebelumnya. Saiz skrin 6.1-inci ini juga meletakkan Xperia 5 V sebagai salah satu saingan dengan telefon pintar andalan kompak jenama lain sepeti Galaxy S23, iPhone 15 dan iPhone 15 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Baterinya masih lagi sama kapasitinya seperti sebelum ini iaitu 5,000mAh. Namun, kadar kepantasan pengecasannya telah dinaik taraf hasil dari penggunaan Snapdragon 8 Gen 2. Menurut Sony, Xperia 5 V mampu dicaskan separuh kapasiti dalam tempoh 30 minit melalui pengecas 30W. Pun begitu, pengecas untuk telefon pintar ini tidak didatangkan bersama-sama dan ia dijual secara berasingan.

Sony Xperia 5 V akan mula hadir ke pasaran mulai bulan September ini pada harga €999 (~RM5,013).

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sony Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.