Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan terima persijilan di Thailand, pelancaran dijangka dalam...

Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan terima persijilan di Thailand, pelancaran dijangka dalam masa yang terdekat

400
0
Gambar hiasan Samsung Galaxy S21 FE

Samsung Galaxy S23 FE telah mula diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan sejumlah persijilannya telah diterima dari sebilangan badan penguatkuasaan beberapa negara, menandakan pelancaran telefon pintar ini akan dilaksanakan tidak lama lagi. Terkini, telefon pintar ini dilaporkan telah menerima persijilan dari badan kualiti Thailand, NBTC.

Dikongsikan oleh pengguna X (Twitter) Abhishek Yadav, telefon pintar Galaxy Fan Edition (FE) ini membawakan nombor model SM-S711B/DS di Thailand. Permohonan persijilan tersebut dibuat oleh Thai Samsung Electronics Co, Ltd.

Sama seperti badan persijilan negara-negara lain, senarai di dalam NBTC tidak banyak memberikan perincian mengenai Galaxy S23 FE. Maklumat mengenai sokongan rangkaiannya pula bagaimanapun ada dinyatakan.

Berdasarkan desas-desus di internet, Galaxy S23 FE dikatakan akan dikuasakan oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 di beberapa buah negara terpilih. Selebihnya, terdapat beberapa negara lain pula ditawarkan dengan pemprosesan Samsung Exynos 2200.

Ia juga dijangka akan didatangkan dengan RAM 12GB dan storan 256GB, serta bateri berkapasiti 4,500mAh dan pengecasan 25W melalui port USB-C.

Lain-lain desas-desus termasuklah paparan skrin AMOLED 6.4-inci Full HD+ 120Hz bersama-sama tri-kamera (utama 50MP, ultra-lebar 8MP, telefoto 12MP) dan satu kamera hadapan 10MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.