Utama Komputer Permainan Sony kurangkan pengeluaran PlayStation 5 sebanyak 1 juta unit

Sony kurangkan pengeluaran PlayStation 5 sebanyak 1 juta unit

Peluang untuk mendapatkan konsol popular ini kian sukar berikutan masalah rantaian bekalan komponen di seluruh dunia yang masih lagi belum dapat diselesaikan.

106
0
Sony PlayStation 5

Sony dilaporkan mengurangkan jangkaan pengeluaran PlayStation 5 berikutan masalah berkaitan komponen dan logistik, menurut Bloomberg. Penerbitan tersebut memetik sumber yang mengatakan sasaran pengeluaran 16 juta unit menjelang Mac 2022 telah dikurangkan kepada 15 juta unit.

Sumber berkenaan juga mengatakan keadaan ini menyukarkan Sony untuk meletakkan sasaran jualan 14.8 juta unit PS5 pada Mac tahun depan. Julai lalu, Sony dilaporkan telah berjaya menjual lebih dari 10 juta unit, menjadikannya konsol PlayStation paling cepat terjual. Bagaimanapun, angka tersebut masih lagi belum dapat mengatasi jumlah jualan PlayStation 4 berikutan masalah bekalan komponen.

Masalah ini timbul berikutan kekurangan bekalan cip di seluruh dunia yang memberikan kesan terhadap rantaian bekalan pelbagai industri. Antara yang terkesan, GPU, iPhone, iPad, kereta dan sebagainya. Awal bulan ini, Nintendo juga mengurangkan unjuran jualannya sebanyak 1.5 juta unit berikutan isu kekurangan bekalan komponen.

Sony berdepan dengan masalah pengeluaran PlayStation 5 ini antaranya disebabkan oleh agihan pemvaksinan yang tidak sekata di negara-negara membangun. Keadaan ini telah menyebabkan pembekal Sony dari negara tersebut kerap terpaksa menutup sementara operasi berikutan penularan lebih mudah berlaku.

Sony juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan firma semikonduktor dari Taiwan, TSMC untuk membuka kilang semikonduktor baharu di Jepun. Walaubagaimanapun, kilang tersebut hanya akan beroperasi pada 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.