Utama Android Samsung Kemaskini baharu Samsung Galaxy Watch 4; Perkenalkan lebih banyak pilihan ubah suai...

Kemaskini baharu Samsung Galaxy Watch 4; Perkenalkan lebih banyak pilihan ubah suai muka jam

Kemaskini baharu Galaxy Watch 4 ini juga memperkenalkan fungsi pengesan jatuhan si pemakainya dan juga kawalan gerak isyarat baharu.

568
0
Samsung Galaxy Watch 4 Feature Update

Samsung Malaysia telah memperkenalkan kemaskini baharu untuk siri Samsung Galaxy Watch 4 dengan memperkenalkan lebih banyak pilihan baharu pengubahsuaian muka jam.

Kemaskini baharu Galaxy Watch 4 ini juga memperkenalkan fungsi pengesan jatuhan si pemakainya dan juga kawalan gerak isyarat baharu.

Sebagai mukadimah, empat muka jam baharu tersebut mengandungi Info Brick, Basic Dashboard, Weather Center, dan Live Wallpaper.Samsung Galaxy Watch 4

Melalui kemaskini baharu ini, anda boleh mengubahsuai reka bentuk paparan statistik kecergasan yang menunjukkan kadar nadi, stres dan rutin harian. Maklumat wajib ada seperti waktu terkini dan cuaca juga turut tidak ketinggalan. Anda juga boleh memperlihatkan lebih kecanggihan Galaxy Watch 4 anda dengan gambar latar yang bergerak pada muka jamnya.

Muka jam beranimasi baharu Samsung Galaxy Watch 4

Selain itu, anda juga kini boleh suai dan padan sehingga empat gabungan sekaligus pada muka jam Animals untuk menunjukkan mesej peringatan, mesej, kiraan langkah, tempoh bateri dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik, muka jam ini kini menyokong fail berformat GIF yang membolehkan Galaxy Watch 4 menunjukkan imej yang bergerak.Samsung Galaxy Watch 4 New Watch Face

Bagi anda gemarkan animasi dalam bentuk kartun, anda pastinya menggemari kemaskini pada Steps Challenge yang kini menampilkan bar kemajuan yang lebih berwarna-warni.Samsung Galaxy Watch 4 Steps Challenge

Kawalan gerak isyarat baharu pula membolehkan anda melakukan lebih banyak perkara melalui pergerakan tangan yang ringkas. Misalnya, gerak isyarat “knock, knock” membolehkan anda membuka aplikasi tertentu, membuka senarai aktiviti senaman, membuka lampu atau mewujudkan peringatan baharu.

Dalam pada masa yang sama, anda juga boleh memilih untuk kekal dengan gerak isyarat sama. Anda masih lagi boleh menerima atau menolak panggilan melalui gerak isyarat lengan anda ke atas dan ke bawah atau memutarkan muka jam sebanyak dua kali.

Akhir sekali, algoritma pengesanan kejatuhan baharu telah ditambah baik dengan keupayaan melaraskan tahap kepekaannya. Anda boleh mengubah tahap peka mengesan jatuhan termasuk ketika di dalam mod bersedia.

Galaxy Watch 4 kini boleh menghantar mesej bantuan SOS ke sehingga empat kenalan kecemasan yang boleh dihubungi apabila sesuatu yang berlaku menimpa pengguna tersebut.

Pembelian siri Galaxy Watch 4 membolehkan anda menerima langganan Strava secara percuma untuk tempoh 60 hari. Perkhidmatan ini dapat membantu anda kekal sihat dan cergas melalui pelbagai pelan dan panduan kecergasan yang disediakan.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan siri Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Classic ini, dapatkan menerusi kedai dalam talian Samsung Malaysia.

Produk Warna Harga
Galaxy Watch4 Classic LTE (46mm) Black RM1,699
Galaxy Watch4 Classic LTE (42mm) Silver RM1,599
Galaxy Watch4 LTE (44mm) Green, Silver RM1,299
Galaxy Watch4 LTE (40mm) Pink Gold, Black RM1,199
Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (46mm) Black, Silver RM1,399
Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (42mm) Black, Silver RM1,299
Galaxy Watch4 Bluetooth (44mm) Green, Black, Silver RM999
Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) Pink Gold, Black, Silver RM899

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.