Utama Android Realme realme 4K Smart Google TV Stick akan dilancarkan di pasaran Eropah

realme 4K Smart Google TV Stick akan dilancarkan di pasaran Eropah

realme 4K Smart Google TV Stick ini akan hadir dalam dua model iaitu standard 4K dan model yang lebih murah, 2K.

335
0
realme 4K Smart Google TV Stick

Google TV semakin diperluaskan platformnya dengan kini melalui batang (stick) penstriman pertama dari Realme diperkenalkan. Realme membawakan Realme 4K Smart Google TV Stick ke pasaran Eropah yang dijangka bakal menyaingi Chromecast.

Menurut Android Planet, Realme akan melancarkan batang penstriman Google TV tersebut di Belanda sekitar bulan Disember ini.

Realme 4K Smart Google TV Stick akan hadir melalui platform Google TV. Ia juga akan dijual dalam dua varian, iaitu model standard 4K dan model 2K yang lebih murah.

Pilihan model 4K akan dijual pada harga €69.99 (~RM333.86), manakala model 2K pula akan dijual pada harga €54.99 (~RM262.31).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.