Selepas kali terakhir dibuka lebih kurang sebulan yang lalu, Sony Malaysia sekali lagi membuka pra-tempahan Sony PlayStation 5 untuk kelompok ketiga.

Untuk kali ini, disebabkan PKP masih lagi dikuatkuasakan, pra-tempahan ini dibuka hanya secara dalam talian. Bagi anda yang berminat boleh melakukannya melalui Kedai Rasmi Sony Malaysia di Lazada. Pra-tempahan mula dibuka tepat jam 12:01 pagi pada 19 Februari.

Dijangkakan stok bekalan PlayStation masih lagi terhad dan syarat hanya satu aksesori bagi satu konsol masih lagi ditetapkan. Sony Malaysia turut menyatakan di Facebook kaedah pembelian melalui WhatsApp tidak dibuka buat sementara waktu ini untuk pra-tempahan.

Sungguhpun pra-tempahan secara dalam talian ini dapat mengelakkan orang ramai dari berkumpul untuk mendapatkan PlayStation 5, ianya menimbulkan masalah lain pula iaitu gangguan tempahan dari ‘bot’. Namun begitu, keadaan trafik ke platform berkenaan dijangka sesak serta kemungkinan akan berlaku kelembapan capaian.

Harga jualan PlayStation 5 di Malaysia adalah RM2,299 untuk standard dan RM1,869 untuk edisi digital.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.