Utama Mobile Android Sony bakal Kurangkan 50% Pekerja bahagian Telefon Pintarnya menjelang 2020

Sony bakal Kurangkan 50% Pekerja bahagian Telefon Pintarnya menjelang 2020

1121
0

Sebuah jenama yang ikonik satu ketika dahulu, kini Sony bakal mengurangkan separuh tenaga kerja bahagian telefon pintarnya menjelang tahun 2020. Keputusan ini dibuat berikutan saingan yang sengit dan juga jualan yang berkurangan.

Tindakan ini memberi kesan terhadap hampir 2,000 orang tenaga kerjanya sama ada diberhentikan atau dipindahkan ke bahagian-bahagian lain di dalam Sony.

Menurut Nikkei Asian Review, tahap penguasaan Sony di dalam pasaran telefon pintar mengalami kemerosotan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Statistica melaporkan penguasaan Sony merosot dari sekitar 3 peratus pada tahun 2010 kepada kurang dari 1 peratus sahaja pada masa ini. Pada masa ini, bahagian telefon pintar Sony dilihat tidak mampu menyaingi dari pengeluar lain seperti Apple, Samsung Electronics dan Huawei Technologies.

Selain itu, Sony juga bertindak mengurangkan jumlah jualan telefon pintar di rantau Asia Tenggara bagi menumpukan pada pasaran seperti di Eropah dan Asia Timur.

Sony Mobile menjangkakan tahun fiskal 2018, hanya berjaya menjual 6.5 juta peranti. Jumlah ini adalah separuh dari jualan tahun fiskal 2017 dan satu-per-enam dari jualan lima tahun yang lalu.

Pada tahun 2014. Sony telah mengurangkan 1,000 orang pekerja di bahagian telefonnya. Namun, faktor jualan yang semakin merosot menyebabkannya terpaksa mengambil langkah yang lebih drastik.

Sebahagian pekerjanya di Jepun yang terlibat bakal dipindahkan ke bahagian-bahagian lain. Manakala, bagi pekerja-pekerjanya di Eropah dan China, Sony menawarkan pemberhentian secara sukarela.

Sumber berita diperoleh dari Nikkei Asian Review

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.