Home Mobile Aplikasi Sistem Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam SPA8i dinaiktaraf ke SPA9

Sistem Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam SPA8i dinaiktaraf ke SPA9

14
0

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru-baru ini telah menaik taraf sistem pendaftaran pekerjaan dalam perkhidamatan awam SPA8i kepada SPA9. Sistem berkenaan digunapakai menggantikan sistem terdahulu iaitu SPA8i.

Pengumuman tersebut dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi SPA. Pemohon pekerjaan yang berminat boleh mengakses sistem berkenaan di spa9.spa.gov.my.

Bagi pemohon yang masih lagi belum luput pendaftaran pekerjaan di dalam SPA8i boleh melakukan semakan status permohonan dan memohon jawatan baharu tanpa perlu mendaftar semula di SPA9.


Kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu ini telah dilakukan sejak dari 23 September 2020 lalu dan telah selesai pada 28 September 2020, jam 10 pagi. Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan pekerjaan perkhidmatan awam boleh menghubungi talian Hotline SPA 03-8091 9000. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat menerusi sistem ePertanyaan SPA melalui https://aduan.spa.gov.my

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.