Utama Microsoft Perkhidmatan Microsoft Office 365 tergendala untuk beberapa jam

Perkhidmatan Microsoft Office 365 tergendala untuk beberapa jam

479
0

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan dalam talian Microsoft seperti Teams, Office 365 atau Outlook.com, anda mungkin berdepan dengan masalah capaian pada beberapa jam yang lepas.

Insiden ini telah dikenalpasti oleh pihak Microsoft dan perkhidmatan berkenaan kembali pulih selepas tindakan pemulihan dilaksanakan.

Menerusi ciapan di dalam akaun Twitter rasminya, Microsoft 365 Status, pasukan bertindak pada awalnya menyangkakan gangguan ini disebabkan perubahan pada kod-kod perisian perkhidmatan. Namun tiada sebarang tanda pemulihan berlaku walaupun kod-kod telah kembali ke versi sebelumnya.

Bagaimanapun, keadaan mulai pulih selepas pihak Microsoft melencongkan aliran-aliran trafik perkhidmatan. Tiada penjelasan lanjut diberikan mengenai kaedah yang digunakan bagi memulihkan perkhidmatan terbabit.

Masalah gangguan sebegini pastinya boleh memberi kesan terhadap tugas-tugas harian yang dilakukan. Tambahan pula dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19 ini, kerja-kerja secara jarak jauh amat digalakkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.