Home Mobile Aplikasi Aplikasi MyUBAT dilancarkan, beri kemudahan urusan dapatkan Ubat dan Temu Janji Farmasi...

Aplikasi MyUBAT dilancarkan, beri kemudahan urusan dapatkan Ubat dan Temu Janji Farmasi Hospital Kerajaan

15
0

Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah melancarkan aplikasi MyUBAT yang bertujuan mempermudahkan urusan mengambil ubat-ubat dari farmasi hospital kerajaan.

MyUBAT kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna Apple.

Aplikasi berkenaan membolehkan pengguna memesan ubat-ubatan dari farmasi terus ke rumah tanpa perlu berurusan ke kaunter seperti kebiasaannya.

Turut disertakan pada aplikasi kemudahan orang ramai ini adalah fungsi menetapkan temujanji dengan farmasi kerajaan yang berdekatan dengan pengguna.

Buat masa ini, ubat-ubat yang boleh dihantar hanya dihadkan pada jenis-jenis tablet dan kapsul sahaja. Jenis-jenis lain seperti ubat berbentuk cecair, perlu disimpan dalam suhu dingin dan psikotropik masih perlu diambil di kaunter farmasi seperti biasa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.