OPPO A54 Malaysia

OPPO Malaysia telah mengumumkan melalui laman Facebook rasminya kehadiran OPPO A54 di pasaran Malaysia. Dilengkapkan dengan cipset MediaTek Helio, telefon pintar ini merupakan telefon pintar peringkat pemula terkini di pasaran tempatan.

A54 menampilkan paparan LCD IPS 6.51-inci dengan resolusi 720 x 1600 piksel dan nisbah skrin-ke-kerangka 82.6%. Terdapat sebuah kamera 16MP yang ditempatkan di ruangan kecil sebelah atas pada paparan hadapannya.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, telefon pintar ini menggunakan cipset Helio P35 dengan RAM 4GB dan storan sehingga 128GB. Tumpuan utama OPPO A54 adalah pada baterinya yang besar iaitu 5,000mAh.OPPO A54

Bagaimanapun, ianya hanya menyokong keupayaan pengecasan pantas sehingga 18W sahaja melalui USB-C. Berbeza dengan telefon pintar peringkat menengah dan atas OPPO yang menampilkan teknologi pengecasan pantas OPPO SuperVOOC.

Dari sudut fotografi, telefon pintar ini menyediakan tetapan tri-kamera pada sebelah belakangnya. Ia terdiri daripada sebuah kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Sistem kamera ini juga berkeupayaan merekodkan video 1080p pada 30fps.

Selain itu, ia menggunakan antaramuka ColorOS 7.2 yang berasaskan Android 10. Terdapat pengimbas cap jari ditempatkan pada sebelah sisi telefon pintar ini. Bagaimanapun, OPPO A54 tidak didatangkan dengan bicu audio 3.5mm seperti kebanyakan telefon peringkat pemula hari ini.

OPPO A54 yang boleh didapati dengan dua pilihan warna hitam dan biru ini kini mula dijual pada harga RM599 untuk konfigurasi 4GB + 64GB. Manakala bagi konfigurasi 4GB + 128GB pula, ianya boleh didapati dengan harga RM699.

Bagi anda yang berminat, layari laman web rasmi OPPO Malaysia untuk membuat pembelian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.