Perkhidmatan ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL) dari Shopee SPayLater akan mula mengenakan bayaran memproses sebanyak 1.5% dari nilai pembelian keseluruhan pada 17 Oktober 2022.
Sebelum ini perkhidmatan pembelian secara hutang tersebut ditawarkan secara percuma tanpa bayaran memproses untuk pengguna yang melunaskannya pada bulan berikutnya.
Perubahan cara bayaran SPayLater ini telah dimaklumkan oleh pihak Shopee menerusi laman web rasminya. Berikut adalah jadual pembayaran Shopee SPayLater baharu yang mula dilaksanakan pada 17 Oktober 2022.
Jadual Pembayaran Shopee SPayLater 2022
Pilihan Pembayaran SPayLater | Bayaran Pemprosesan | Caj Kelewatan |
Buy Now Pay Later (Bayar pada bulan berikutnya) | 1.5% dari jumlah pembayaran keseluruhan atau pesanan bermula dari 17 Oktober 2022 | Akauan SPayLater anda dibekukan buat sementara waktu sehingga amaun tertunggak telah dilangsaikan. Untuk mengaktifkan semula akaun, pengguna akan dikenakan denda kelewatan sebanyak RM10 |
Ansuran 2 bulan | 1.5% setiap bulan dari Jumlah keseluruhan pembayaran atau Pesanan | |
Ansuran 3 bulan | ||
Ansuran 6 bulan | ||
Ansuran 12 bulan (Hanya disediakan untuk pengguna yang layak) |
Bagi perkhidmatan ansuran bulanan SPayLater, bayaran pemprosesannya masih lagi kekal pada 1.5% setiap bulan dari jumlah nilai keseluruhan pembayaran.