Utama Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana dijangka mampu jadi lebih cekap dengan mudah pada...

Perusahaan Kecil dan Sederhana dijangka mampu jadi lebih cekap dengan mudah pada 2023

443
0
Be Ready Transform 2023

KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2022 – Menerima perubahan dan berkembang atau menolak perubahan dan berhenti – inilah pilihan Hobson yang dihadapi oleh perniagaan pada hari ini. Perniagaan perlu berubah dan beralih untuk melakukan lebih banyak dengan lebih mudah dalam dunia tanpa sempadan yang semakin lancar.

SRKK Group, sebuah firma perunding transformasi digital hujung ke hujung yang terkemuka di Malaysia dan Singapura, bersama-sama dengan anak syarikat pengedarannya Integricity Technology, sedang menerajui proses transformasi ini khususnya untuk PKS di Asia Tenggara dengan TRANSFORM 2023 yang memberi tumpuan kepada “Perniagaan Tanpa Sempadan”

Selepas kejayaan persidangan transformasi digital maya sepenuhnya TRANSFORM 2022 pada tahun lalu di tengah-tengah pandemik Covid-19, pertemuan gergasi peneraju teknologi pada tahun ini akan memberi tumpuan kepada cara bagaimana perniagaan boleh diperkasakan untuk maju dan kekal progresif melangkaui sempadan fizikal.

Cara kerja baharu dengan Teknologi

Ketua Pegawai Eksekutif SRKK Group, Yew Lip Sin berkata normal baharu bagi perniagaan yang memasuki tahun 2023 ialah cara kerja baharu di mana teknologi akan menjadi syarat penting untuk perniagaan melakukan lebih banyak dengan lebih dari jarak jauh.

“Perubahan teknologi adalah sangat penting. Perniagaan perlu menghasilkan penyelesaian yang inovatif untuk menangani cabaran tempat kerja dan pasaran.  Perniagaan perlu mengamalkan cara kerja yang baharu. Antaranya termasuklah menyediakan tempat kerja hibrid atau secara jarak jauh sepenuhnya, meningkatkan pendigitalan dan automasi, akses berasaskan awan atau keselamatan siber di luar tapak.”

Yew menambah: “Apabila kami berurusan dengan pelanggan terutamanya PKS, menyusun dan menentukan pelaburan sentiasa menjadi tajuk perdebatan.  Secara jangka panjang, pelaburan dalam teknologi dan automasi membolehkan PKS maju dan kekal progresif sambil mereka meneruskan perjalanan transformasi digital.  Pelaburan dalam kedua-dua bidang ini adalah penting untuk membina dan mengekalkan perniagaan tanpa sempadan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Integricity Technology Alex Lam berkata:” Walaupun pengaturan kerja hibrid dan/atau jauh menawarkan fleksibiliti untuk menarik pekerja yang berbakat ke dalam pasukan, usaha ini perlu disokong oleh teknologi yang mantap dan sesuai.

“Pelaksanaan teknologi berprestasi tinggi yang menjimatkan masa bagi tugasan berulang bukan lagi satu kemewahan, tetapi menjadi satu keperluan untuk terus berada di hadapan dalam persaingan. Pelaburan dalam penyelesaian yang betul boleh menjimatkan kos dan meningkatkan hasil.”

TRANSFORM 2023: Perniagaan Tanpa Sempadan

Dengan misi untuk membantu perniagaan mencapai potensi masing-masing dengan sepenuhnya, SRKK Group yang berusia 25 tahun dan Integricity Technology akan menganjurkan persidangan transformasi digital “TRANSFORM 2023: Perniagaan Tanpa Sempadan” selama sehari pada hari Khamis, 27 Oktober 2022, di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel.

Dengan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Institut Pengurusan Malaysia, TRANSFORM 2023 akan menyerlahkan bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk mencipta perniagaan tanpa sempadan. Persidangan ini akan membawakan para penceramah utama dan ahli panel dari syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti Lenovo, Fortinet, Intel, Microsoft dan Kaseya.

Antara topik yang dibawakan termasuklah: The Future of Work (Tempat Kerja Hibrid), Eliminate Manual, Go Digital (Automasi), Secure Your Business (Keselamatan Siber), Gain the higher ground with Cloud & Data (Awan & Data).

“SRKK merupakan antara rakan niaga MDEC yang paling lama dan paling penting. Dengan pengalaman selama 25 tahun dalam transformasi digital, misi SRKK sejak dahulu lagi adalah untuk membantu PKS Malaysia melabur dalam teknologi dan menerima pendigitalan. Misi ini sejajar dengan matlamat MDEC dan Malaysia Digital, inisiatif strategik negara untuk memacu penggunaan digital dan mengangkat rakyat Malaysia menjadi pemain utama revolusi digital global,” kata Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Anda yang berminat boleh mendaftar diri untuk menyertai forum melalui Ticket2u https://tinyurl.com/yc3wu326. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM299 setiap peserta.  Nikmati diskaun 50% dengan kod promosi: DEALT2023. Tarikh tutup pada 21 Oktober 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.