Kehadiran versi Windows yang berikutnya seringkali diperkatakan tidak kira berapa banyak versi Windows baharu yang telah diperkenalkan.
Menerusi persidangan Microsoft Ignite yang diadakan baru-baru ini, pengguna dapat melihat serba sedikit bayangan mengenai reka bentuk Windows baharu yang mungkin kelak akan dikenali sebagai Windows 12.
Tidak banyak maklumat yang diperolehi dari video pembentangan sesi ucaptama di dalam persidangan Ignite tersebut. Namun, versi Windows baharu berkenaan kelihatan banyak dipengaruhi oleh ciri rekaan macOS.
Antaranya ciri rupa bentuk taskbar yang terapung dan bar menu pada bahagian atas skrin mirip gaya macOS.
Microsoft mungkin secara tidak sengaja berkongsikan rupa rekaan Windows yang tidak pernah dilihat sbeelum ini. Di dalam video mengenai Microsoft Teams dan pengalaman imersif untuk Meta Quest, terdapat imbasan seketika desktop Windows yang kelihatan sama seperti Windows 11. Cuma terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat di dalamnya. Perbezaan tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama FireCube Studios.
Cursed ignite mockup showing floating taskbar dock and widget and icons in desktop pic.twitter.com/6n8EHjdCyb
— FireCube (@FireCubeStudios) October 12, 2022
Anda juga boleh melihatnya menerusi video di bawah pada minit ke-42:44.
Lain-lain maklumat masih lagi belum diketahui. Tidak dapat dipastikan sama ada ini mungkin konsep yang sedang dipertimbangkan oleh Microsoft atau ciri rekaan masa hadapan desktop Windows. Setakat ini Microsoft masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kehadiran versi Windows berikutnya.