Utama Mobile Aplikasi Shopee diminta memberi maklumbalas kepada MyCC berhubung isu Perkhidmatan Penghantarannya

Shopee diminta memberi maklumbalas kepada MyCC berhubung isu Perkhidmatan Penghantarannya

714
0
Shopee Express Shipping Problem

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah badan bebas yang menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 telah mengumumkan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Shopee pada 19 Oktober lalu berikutan aduan orang ramai terhadap beberapa amalan perniagaannya.

Menurut MyCC, pihaknya amat menghargai dan mengambil maklum mengenai inovasi dari para pemain industri dalam meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian untuk pengguna di Malaysia. Walaubagaimanapun, pihaknya juga ingin mengingatkan para pemain industri supaya berwaspada dalam menjalankan perniagaan supaya tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan peniaga di dalam platform masing-masing.

Isu ini amat membimbangkan berikutan pertambahan bilangan aduan dan ketidakpuasan hari terhadap perkhidmatan penghantaran Shopee sendiri.

Rentetan dari pertemuan pada 19 Oktober lalu, Shopee perlu memberikan pernyataan keterangan kepada MyCC menjelaskan situasi yang berlaku dan memperincikan bagaimana ia diselesaikan secara dalaman sebelum akhir bulan Oktober.

Kebanyakan pengguna mula menyatakan ketidakpuasan hati mengenai mutu perkhidmatan penghantaran platform tersebut apabila Shopee mula tidak menyediakan lagi pilihan untuk pengguna menentukan perkhidmatan penghantaran yang dikehendaki seperti sebelum ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.