KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2022 – Terkini, Setel memperkenalkan kemudahan bantuan kenderaan yang membuktikan komitmen mereka untuk terus menginovasi demi mencapai tujuan mobiliti inklusif; yang bukan lagi terhad kepada pengalaman mengisi petrol sahaja.
Kemudahan bantuan kenderaan ini akan menyediakan perkhidmatan kegendalaan kenderaan yang boleh diakses oleh pengguna Setel pada bila-bila masa, dalam kadar segera dan mudah oleh pembekal-pembekal perkhidmatan kenderaan, sekiranya berlaku kecemasan melibatkan kenderaan mereka.
Kini, pengguna Setel di seluruh negara boleh mendapatkan khidmat menukar bateri, “jump-start”, menukar tayar, bantuan mengisi petrol kecemasan, membuka kenderaan terkunci, dan menunda, terus dari aplikasi Setel disokong oleh Bateriku.com sebagai rakan kongsi yang pertama bagi kemudahan ini.
Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel menyatakan, “Setel bermatlamat menjadi pendamping setia para pengguna kenderaan dengan menyediakan ekosistem perkhidmatan mobiliti yang dapat memenuhi pelbagai keperluan mereka.
Kemudahan bantuan kenderaan ini menyenangkan pengguna kenderaan dengan akses ke atas pelbagai aneka keperluan di hujung jari mereka. Usaha sama dengan Bateriku.com ini dapat mempercepatkan usaha pemberian bantuan kepada pengguna Setel yang terkandas, mengurangkan stres yang dialami oleh mereka.”
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi bin Zakaria Ansari, “Pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat. Justeru itu, sebagai pembekal perkhidmatan bantuan tepi jalan nombor 1 di negara, misi kami adalah untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih mudah dimanfaatkan oleh semua pengguna kenderaan di Malaysia, melalui inisiatif integrasi API dengan pelbagai aplikasi mobil seperti Setel.
Setakat ini, Bateriku.com telah memberi khidmatnya kepada hampir satu juta pelanggan di seluruh negara dan kejayaan ini ditunjangi oleh ekosistemnya yang inklusif yang terdiri daripada juruteknik gig (Bhero), usahawan (BPpreneur), rakan bengkel (BBuddy) dan 130 buah outlet fizikalBateriku.com di seluruh negara. Kami berbesar hati untuk menawarkan solusi bantuan tepi jalan kami secara langsung buat pengguna Setel, dan kami juga komited untuk membekalkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik.”
Bagi setiap transaksi yang dilengkapi menerusi kemudahan bantuan kenderaan ini, pengguna Setel juga dapat memperoleh mata ganjaran Mesra yang boleh digunakan untuk menebus petrol dan pelbagai ganjaran menarik yang lain.
Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut mengenai Setel, sila layari https://www.setel.com/. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri bantuan kenderaan terbaharu ini, sila layari https://www.setel.com/features/auto-assistance.