Utama Internet Rangkaian pengangkutan awam San Francisco diserang ransomware

Rangkaian pengangkutan awam San Francisco diserang ransomware

824
0

Perkhidmatan pengangkutan awam di San Francisco telah diserang ransomware hingga mengakibatkan sistem pembayarannya tergendala. Agensi Pengangkutan Perbandaran San Francisco (San Francisco Municipal Transportation Agency) telah mengesahkan insiden ini dan telah bertindak menutup kiosk pembayaran tiket.

Pihak berkuasa pengangkutan juga telah menawarkan khidmat tren percuma bermula 26 November lalu berikutan serangan ini.

Kesemua mesin pembayaran di seluruh bandaraya San Francisco memaparkan notifikasi aneh, antaranya; “You Hacked, ALL Data Encrypted. Contact For Key(cryptom27@yandex.com)ID:681 ,Enter.” Mesej sebegini adalah mirip dengan mesej-mesej serangan malware yang mana penjenayah meninggalkan mesej kepada mangsa supaya membayar wang tebusan untuk mendapatkan kembali data-data yang dikunci.

Malware berkenaan turut mengakibatkan sebahagian daripada pelayan agensi dimatikan. Seterusnya menyebabkan perkhidmatan berkenaan berkomunikasi secara manual dengan pemandu-pemandu trennya.

Sebanyak 100 Bitcoin (lebih kurang RM325,000) telah dituntut oleh penggodam terbabit dan agensi pengangkutan bandaraya ini tidak mempunyai pilihan lain hingga memaksa mereka memenuhi tuntutan penggodam ransomware ini.

Penjenayah siber kini mensasarkan agensi-agensi penting dan besar bagi mendapatkan pulangan yang lebih lumayan melalui ransomware. Terdahulu, dua buah hospital di California telah menjadi serangan sebegini hingga mengakibatkan kedua-duanya membayar wang tebusan bagi mendapatkan kembali rekod pesakit.

Sumber berita diperoleh dari CBS, Imej cover dari Getty

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.