Utama Android Samsung Samsung dikatakan akan melancarkan telefon pintar boleh lipatnya pada 10 Ogos ini

Samsung dikatakan akan melancarkan telefon pintar boleh lipatnya pada 10 Ogos ini

372
0

Samsung telah dilaporkan akan mengadakan acara Unpacked berikutnya pada 10 Ogos ini menurut pentiris maklumat tegar, Evan Blass. Berdasarkan imej yang dikongsikan oleh beliau, terdapat imej kabur yang kelihatan seperti Samsung Galaxy Z Flip 4 yang masih lagi belum diumumkan.

Peranti boleh lipat berkenaan sebelum ini pernah ditiriskan maklumatnya oleh Evan Blass dan 91Mobiles awal bulan ini. Telefon pintar boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip 4 bukanlah satu-satunya peranti yang dilancarkan di dalam acara tersebut.

Turut dikatakan akan dilancarkan bersama-sama adalah sebuah lagi peranti boleh lipat, Galaxy Fold 4. Imej pengolokannya juga pernah ditiriskan pada Mei lalu. Jika melihat pada imej-imej pengolokan yang telah ditiriskan sebelum ini, kedua-dua telefon pintar boleh lipat Samsung ini tidak akan menawarkan perubahan besar pada reka bentuknya.

Selain pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4, laporan berkenaan juga menyebut jam tangan pintar generasi baharu, Galaxy Watch 5 dan Galaxy Watch 5 Pro juga akan dilancarkan.

Imej pengolokan jam tangan pintar berkenaan yang ditiriskan awal bulan ini memperlihatkan jam tangan berkenaan tidak akan menyertazakan bingkai berputar yang digemari para peminatnya.

Sebelum ini, tarikh acara pelancaran Samsung Unpacked pada 10 Ogos ini pernah dilaporkan oleh Jon Prosser dengan tarikh jualan peranti bermula pada 26 Ogos ini. Walaubagaimanapun, Samsung masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.