Utama Mobile Aplikasi Crunchyroll umum penurunan harga langganan dari RM9/bulan di Malaysia

Crunchyroll umum penurunan harga langganan dari RM9/bulan di Malaysia

515
0

Crunchyroll telah mengumumkan penurunan harga langganan keahlian Premiumnya untuk hampir 100 buah negara termasuk Malaysia. Pengurangan harga tersebut turut memperlihatkan perubahan dari bayaran dalam bentuk Dollar AS kepada matawang tempatan.

Misalnya, di India pengurangan harga dari sebelum ini sebanyak US$9.99 (~RM44) sebulan untuk pelan Mega Fan kepada hanya 99 rupees (~RM5.50) sebulan. Di Singapura pula harga bagi pelan yang sama kini adalah S$6.99 (~RM22).

Tidak terkecuali, Malaysia juga menerima pengurangan harga langganan penstriman kandungan anime oleh anak syarikat Sony ini seperti berikut:Pelan langganan Crunchyroll Malaysia

Langganan Crunchyroll kini bermula pada harga RM9 sebulan untuk pelan asas Fan yang sebelum ini berharga US$7.99 (~RM35). Pelan asas ini merupakan akses bebas iklan ke manga digital dan episod-episod anime terkini yang tayangannya hanya 1 jam selepas ditayangkan di Jepun. Hanya satu sahaja peranti yang dibenarkan untuk menstrim kandungan melalui pelan ini.

Pelan Mega Fan pula yang kini berharga RM11 sebulan pula membenarkan pengguna untuk menayangkan sehingga 4 peranti secara serentak. Semua penawaran lain yang ditawarkan pada pelan Fan juga ditawarkan di dalam pelan ini dengan pengguna juga dibenarkan untuk memuat turun kandungan untuk tontonan secara offline. Sebelum ini harga langganan pelan ini adalah US$9.99 (~RM44).

Tiada pelan Ultimate Fan ditawarkan bagi pengguna-pengguna di Malaysia. Pelan ini membenarkan penstriman sehingga enam peranti secara serentak bersama-sama penawaran cenderahati eksklusif. Bagaimanapun, pelanggan-pelanggan kipas-susah-mati (diehard fan) di Malaysia boleh melanggan pelan 12 bulan Mega Fan pada harga RM110 setahun.

Sebelum ini, pada April lalu Crunchyroll telah menamatkan pelan penstriman percuma dengan sokongan iklan dan hanya menawarkan pelan berbayar sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.