Utama Automotif Xiaomi umumkan Kereta Prototaip pertamanya Ogos ini

Xiaomi umumkan Kereta Prototaip pertamanya Ogos ini

438
0
Xiaomi Electric Car 2022

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan kesediaannya untuk memfokuskan pada pembangunan kereta elektrik dengan pelaburan lebih dari $10 billion dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Terkini, Pengasas Xiaomi Lei Jun dijangka akan mengumumkan prototaip kenderaan elektrik pertamanya pada bulan Ogos ini. Kereta ini direka oleh HVST Automobile Design, yang turut bertanggungjawab menghasilkan kereta konsep Maven dari WM Motor.

Selepas pengumumannya kelak, prototaip berkenaan akan menjalani ujian jalan raya bagi menguji tahap prestasinya. Pengeluaran bagi kereta Xiaomi berkenaan mungkin akan mengambil masa yang agak lama sebelum menemui pengguna.Xiaomi Electric Vehicle EV

Kilang pengeluaran Xiaomi Auto dan pusat penyelidikan dan pembangunan akan dibina di Yizhuang, China dan kereta pertama dari kilang berkenaan dijangka dapat dikeluarkan pada 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.