Utama Mobile Samsung, Oppo disaman di China kerana Bloatware pada Telefon Pintar

Samsung, Oppo disaman di China kerana Bloatware pada Telefon Pintar

838
1

Pihak berkuasa di China mahukan Samsung dan Oppo memaklumkan kepada pelanggannya tentang aplikasi-aplikasi yang telah dipra-muat di dalam peranti dan juga menyediakan cara untuk menyingkirkannya. Tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap kedua-dua pengeluar telefon pintar ini.

Pengeluar perkakasan ICT seperti telefon pintar dan laptop sememangnya gemar memasangkan perisian kembung (bloatware) ke dalam peranti.

Menurut ShanghaiDaily.com, Suruhanjaya Perlindungan Hak Pengguna Shanghai telah menerima aduan dari pengguna yang melaporkan aplikasi-aplikasi dipra-muat pada peranti mereka tidak boleh disingkirkan.

Laporan berkenaan menyenaraikan Samsung SM-N9008S (versi antarabangsa Samsung Galaxy Note 3) dan juga Oppo X9007 (Oppo Find 7). Pada Samsung, aplikasi yang telah dipra-pasang termasuklan kamus elektronik dan aplikasi membeli belah. Manakala pada Oppo pula ia telah dimuatkan dengan aplikasi-aplikasi permainan dan lain-lain aplikasi yang dirasakan tiada manfaat buat pengguna menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan.

Wakil dari Oppo menyatakan bahawa laporan berkenaan hanya merujuk kepada Oppo Find 7 versi China sahaja dan tidak melibatkan model-model untuk pasaran rantau lain.

Bagaimanapun, pihak Samsung masih lagi belum mengemukakan sebarang maklum balas berkaitan perkara ini.

Perisian kembung (bloatware) di dalam peranti bukanlah sesuatu yang asing bagi kita di Malaysia. Kebanyakan telefon pintar hadir dengan aplikasi-aplikasi yang banyak daripadanya kita langsung tak pernah sentuh pun.

Telefon pintar bukanlah satu-satunya peranti yang kerap dimuatkan dengan perisian-perisian sebegini. Peranti lain seperti komputer desktop, laptop dan tablet turut sama tidak terkecuali.

Tahun lalu, Lenovo telah memuatkan perisian-perisian kembung (bloatware) pada komputer desktop dan laptop keluarannya dengan perisian iklan Superfish.

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.