Utama Mobile Instagram naikkan had imej kepada 1080 piksel

Instagram naikkan had imej kepada 1080 piksel

823
4

Instagram telah mempertingkatkan saiz gambar yang dibenarkan untuk dimuatnaik oleh pengguna aplikasi berkenaan pada peranti mudah alih. Justeru, membolehkan aplikasi perkhidmatan perkongsian foto ini memaparkan imej-imej yang dimuatnaik oleh penggunannya lebih terperinci.

Aplikasi Instagram pada peranti iOS dan Android kerap dikemaskini melalui store masing-masing, Apple Store dan Google Play. Kemaskini terbaru ini membenarkan imej bersaiz 1080 piksel x 1080 piksel dikongsikan oleh pengguna untuk tatapan para pengikut masing-masing, menurut jurucakap Instagram semalam. Beliau turut menambah bahawa kebanyakan pengguna sudahpun mengemaskini aplikasi perkongsian foto berkenaan kepada versi yang terkini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang bila proses kemaskini ini akan selesai sepenuhnya untuk sokongan perkongsian imej beresolusi tinggi ini.

Sejak dari kemunculannya pada tahun 2010, Instagram mengehadkan photo yang dimuatnaik oleh pengguna kepada 640 piksel x 640 piksel sahaja. Ketika itu, tidak banyak peranti mudah alih yang mampu mengambil atau memproses foto yang bersaiz besar. Namun, sekatan ini dilihat sudah tidak begitu relevan semenjak teknologi telefon pintar berkembang dengan dilengkapi kamera yang mampu mengambil foto beresolusi tinggi.

Had saiz terbaru ini mula dikesan oleh pengguna pada Jumaat lalu apabila orang ramai meninjau kod sumber Instagram.

Instagram yang telah dibeli oleh Facebook pada tahun 2012 dengan nilai USD1 billion memiliki pengguna aktif sekitar 300 juta sebulan.

4 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.