Sebulan selepas Samsung memperkenalkan Galaxy Z Flip 3 dan Galaxy Z Fold 3 menerusi acara Galaxy Unpacked, telefon pintar boleh lipat Samsung ini mula memasuki pasaran Malaysia.

Sungguhpun pra-tempahan bagi kedua-dua model berkenaan telah pun berjalan, Samsung telah menetapkan tarikh jualannya bermula 22 September ini.

Harga bagi siri Galaxy Z Flip 3 dan Z Fold 3 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy Z Flip3 128GB: RM3,999
  • Galaxy Z Flip3 256GB: RM4,199
  • Galaxy Z Fold3 256GB: RM6,699
  • Galaxy Z Fold3 512GB: RM7,099

Anda yang membuat pra-tempahan bagi Galaxy Z Flip 3 akan menerima baucar Samsung e-Store bernilai RM600. Manakala bagi anda yang memilih Galaxy Z Fold 3 pula akan menerima baucar tersebut bernilai RM850. Pembelian secara pra-tempahan ini juga akan disediakan dengan pelan perlindungan 1-tahun Samsung Care+.

Bermula dari 22 September ini, cenderahati percuma ini akan hadir dalam bentuk baucar Samsung e-Store bernilai RM350 untuk Z Flip 3 dan RM500 untuk Z Fold 3 . Sehingga 31 Oktober ini, anda yang membuat pembelian dalam tempoh ini akan menerima pakej perlindungan Samsung Care+ selama 1 tahun.

Selain itu, anda juga akan layak untuk diskaun 30% pada aksesori terpilih yang boleh ditebus sehingga penghujung November ini.

Bersempena pelancaran Samsung Galaxy Z Flip 3 dan Z Fold 3 ke pasaran Malaysia, sebua rancangan TV khusus menyoroti telefon boleh lipat ini akan ditayangkan saluran Astro. Rancangan ini akan diserikan dengan kehadiran artis-artis tempatan bagi memeriahkan suasana.

Ikutinya di saluran-saluran berikut pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan:

  • Astro RIA (Saluran 124), 17 September, 9:30p.m.
  • Astro AEC (Saluran 346), 19 September, 8:30p.m.

Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3, layari:

Tinggalkan komentar