Utama Android Samsung Katakan Hello kepada Galaxy A52s 5G; Yang Terbaik dari Kelasnya

Katakan Hello kepada Galaxy A52s 5G; Yang Terbaik dari Kelasnya

1001
0

Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan keluaran terbaharu, Galaxy A52s 5G. Telefon pintar terbaik dari kelasnya yang memberi peluang kepada pengguna untuk memanfaatkan fungsi, prestasi, ketahanan dan gaya tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan paparan 6’5-inci Infinity-O FHD+ Super AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga dilengkapkan dengan bateri 4.500mAh yang menyokong Pengecasan Pantas 25W,

Untuk kameranya, terdapat empat kamera belakang dengan kamera utama 64MP. Oleh itu, naik taraf hidup anda bersama Galaxy A52s 5G baharu dan ucapkan selamat tinggal kepada urusan harian yang bosan.

Pengembaraan Visual yang Menyeronokkan dengan Paparan yang Lancar

Tingkatkan penglihatan visual anda dengan paparan 6’5-inci Infinity-O Super AMOLED yang memberikan warna jelas dan nyata. Ia juga memberikan paparan yang baik walaupun anda berada di luar bangunan.

Tontonan dengan kadar penyegaran semula 120Hz memberikan anda pengalaman menonton yang lancar dan tidak terganggu. Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 778G, prestasi ketika memainkan permua pastinya dipertingkatkan.

Terima kasih kepada Pembersar Suara Stereo yang dilengkapi dengan Dolby ATMOS, anda dapat menikmati kualit pendengaran dalam audio 3D yang lebih mengasyikkan.

Dengan keupayaan 5G, anda boleh memuat turun fail besar dengan pantas – seperti siri rancangan TV. Pastinya, ini dapat dinikmati sebaik sahaja 5G tersedia di Malaysia.

Galaxy A52s 5G sudah dilengkapi dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB, tetapi anda boleh menambah sehingga 1TB dengan kad microSD

Kemudahan dan Fungsi Tidak Tandingan

Telefon pintar Samsung ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4.500mAh yang mampu bertahan lama.

Sekiranya bateri anda mati di tengah hari kerana penggunaan yang tinggi, jangan risau. Keupayaan pengecasan pantas 25W membolehkan peranti mengecas dengan cepat. Telefon ini mampu dicaj sehingga 50% hanya dalam 30 minit sahaja!

Melalui Power Saving Mode, sistem akan menganalisis rutin harian anda bagi mengoptimumkan sumber CPU. Ia juga akan mematikan data di latar belakang untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Selain itu Galaxy A52s 5G mempunyai ciri rintang air. Pun begitu, anda disyorkan untuk menggunakan housing kalis air bagi melindungi telefon anda dari faktor cuaca luar jangka. Meningkatkan lagi ciri kelasakannya, Galaxy A52s 5G dilengkapi dengan kaca tahan calar Gorilla Glass 5.

Penggunaan UI Core 3 dapat memberikan lebih kepuasan dalam anda mengatur dan menguruskan tata susunan aplikasi dan rupa bentuk paparan Galaxy A52s 5G anda.

Untuk menyimpan dokumen peribadi dengan lebih selamat, platform keselamatan Samsung Knox melindungi data anda dan mengesan sebarang perubahan yang dibuat. Dengan Secure Folder, anda juga boleh menyimpan dokumen peribadi yang hanya dapat diakses dengan kata laluan atau cap jari anda.

Capai Hasil Profesional bersama Kamera OIS Resolusi Tinggi

Kamera utama 64MP f/1.8 pastinya tidak akan mengecewakan mana-mana peminat fotografi. Sama ada anda suka street fotografi, landskap atau mengambil gambar portret yang menakjubkan, kamera pada Galaxy A52s akan menjadikan pengalaman anda lebih mudah terima kasih kepada fungsi OIS (penstabilan imej optik) yang dapat mengurangkan pergerakan, secara tidak langsung membolehkan anda untuk menangkap gambar dengan terperinci dan jelas. Sekiranya anda gemar mengambil gambar pada waktu malam, maka anda bernasib baik! Kamera OIS memberikankan gambar yang lebih terang ketika dalam keadaan gelap sementara Night Mode pula menggabungkan 12 gambar menjadi satu untuk mencipta gambar yang stabil. Untuk menangkap lebih banyak cahaya, teknologi Tetra Binning juga menggabungkan empat piksel menjadi satu.

Selain itu, kamera Kedalaman dan Makro 5MP membolehkan anda menangkap tekstur dan perincian yang sangat halus ke dalam gambar anda – sempurna jika anda mengambil gambar kulit, makanan atau perincian pada pakaian anda. Oleh kerana bilangan bukaan F2.4 yang rendah, efek bokeh juga dapat dicapai dengan semula jadi di latar belakang. Lebih baik lagi, anda juga dapat menyesuaikan intensiti kesan kabur dengan Portrait Mode pada kamera Kedalaman, membuatkan subjek foto anda menonjol dengan lebih.

Jadi lebih kreatif dengan efek lensa. Dengan kerjasama Snapchat, Fun Mode membolehkan pengguna mengambil gambar dan merakam video dengan efek-efek Snapchat yang berbeza dari aplikasi kamera anda. Anda juga dapat edit gambar anda dengan filter tersendiri. Terokai identiti kreatif anda dan cipta sebanyak 99 filter yang disesuaikan dengan warna, tona dan estetika anda. Jangan lupa untuk mencubanya dengan kamera swafoto 32MP F2.2 juga!

Ia didatangkan dengan empat warna bergaya – Awesome Black dan Awesome White– dengan kemasan mat dengan harga runcit yang disyorkan RM1,899. Ia juga boleh didapati dengan hanya RM79.13/bulan dengan pelan ansuran 0% di Samsung Online Store. Sehingga 31 Oktober 2021, jika anda membeli Galaxy A52s 5G sekarang, anda akan dapat Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan hari ini, disini: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkhxme/buy/

Spesifikasi Galaxy A52s 5G

Galaxy A52s 5G
Paparan6.5″ FHD+ (1080 x 2400)
Super AMOLED 120Hz 
Paparan Infinity-O
KameraBelakangUtama: 64MP, F1.8
Ultra Lebar: 12MP, F2.2
Kedalaman: 5MP, F2.4
Makro: 5MP, F2.4
HadapanSwafoto: 32MP, F2.2
Dimensi / Berat159.9 x 75.1 x 8.4mm / 189g
PemprosesOcta-Core (Quad 2.4GHz + Quad 1.8GHz)
SDM778G
MemoriRAM 8GB
Storan Dalaman 256GB
Slot MicroSD (storan sehingga 1TB)
Kad SIM2 Slot (SIM 1 + SIM 2 atau MicroSD)
Kapasiti Bateri4,500 mAh, Pengecasan Pantas 25W 
OS/Naik TarafAndroid 11.0
SensorAccelerometer, Sensor Fingerprint, Sensor Gyro, Sensor Geomagnetic, Hall Sensor, Sensor RGB Light, Virtual Proximity Sensing
Sambungan Tanpa WayarBluetooth v5.0,  802.11 a/b/g/n/ac/ax 2.4G+5GHz, HE80, SISO, 1024-QAM , Wi-Fi Direct, GPS, Glonass, Beidou, Galileo, QZSS
Video Rakaman: UHD 4K (3840 x 2160)@30fps
Kalis AirIP67
Pengesahan BiometrikPengimbas cap jari pada skrin
WarnaAwesome Black, Awesome White

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.