Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 FE, Galaxy Buds FE dan Tab S9 FE dijangka...

Samsung Galaxy S23 FE, Galaxy Buds FE dan Tab S9 FE dijangka akan dilancarkan 4 Oktober ini

114
0

Samsung kini dilihat sedang membuat persiapan untuk melancarkan barisan produk Galaxy FE 2023 di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Berdasarkan penemuan terkini di pangkalan data SIRIM, dua peranti dari siri berkenaan dijangka tiba dalam masa yang terdekat ini.

Produk yang dimaksudkan, Galaxy S23 FE dan Galaxy Buds FE baharu sahaja menerima persijilan dari SIRIM pada minggu lepas. Galaxy 23 FEĀ  dengan nombor model SM-S711B/DS telah menerimanya pada 22 September 2023. Manakala Galaxy Buds FE dengan nombor model SM-R400N telah menerima pada 20 September yang lalu.

Cuma untuk Galaxy Tab S9 FE buat masa ini masih belum diketemukan maklumat mengenainya di pangkalan data badan persijilan Malaysia berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, kebetulan laman web rasmi Samsung Argentina secara tidak sengaja berkongsikan imej ketiga-tiga peranti Galaxy FE berkenaan.

Beberapa maklumat mengenainya sempat diambil oleh warga maya walaupun tidak lama kemudian ia telah ditarik keluar. Menurut info dari portal SamMobile, siri Galaxy FE tahun ini akan dilancarkan pada 4 Oktober 2023.

Berdasarkan perkembangan terkini, dijangkakan pengumuman mengenai Samsung Galaxy S23 FE, Galaxy Buds FE dan Galaxy Tab S9 FE akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.