Utama PRNewswire ‘Bayer For Her’ Sokong Perbualan Penjagaan 365 Hari untuk Lebih Ramai Wanita...

‘Bayer For Her’ Sokong Perbualan Penjagaan 365 Hari untuk Lebih Ramai Wanita di Asia

223
0
'Bayer For Her' Sokong Perbualan Penjagaan 365 Hari untuk Lebih Ramai Wanita di Asia
" title="
'Bayer For Her' Sokong Perbualan Penjagaan 365 Hari untuk Lebih Ramai Wanita di Asia
" title="<div>Bayer For Her Sokong Perbualan Penjagaan 365 Hari untuk Lebih Ramai Wanita di Asia</div>"/>
  • Merapatkan jurang tentang kurangnya perbincangan dalam kalangan wanita Asia mengenai kebimbangan kesihatan mereka pada Hari Pencegahan Hamil Sedunia (WCD) ini

SINGAPURA, 26 September 2023 /PRNewswire/ — Bahagian Farmaseutikal Bayer di Asia/Pasifik mengumumkan pada hari ini bersempena dengan Hari Pencegahan Hamil Sedunia, permulaan kempen serantau ‘Bayer For Her’ yang telah diuji terlebih dahulu di Thailand sejak September 2022. Kempen ini dilancarkan selanjutnya ke Singapura, Korea Selatan, Bandar Taipei dan seluruh pelosok pasaran ASEAN termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam pada tahun ini.

<div>'Bayer For Her' Sokong Perbualan Penjagaan 365 Hari untuk Lebih Ramai Wanita di Asia</div>

‘Bayer For Her’ bukanlah satu kempen kesedaran tetapi satu seruan tindakan untuk wanita di Asia berkongsi #ConversationsofCare tentang masalah kesihatan mereka sendiri – bermula daripada pencegahan hamil hingga endometriosis dan senggugut atau pendarahan haid berlebihan – dan berbincang dengan golongan profesional penjagaan kesihatan tentangnya. Stigma sosial yang dihadapi oleh wanita di rumah dan di tempat kerja sering mengakibatkan banyak tekanan dan rasa malu. ‘Bayer For Her’ menyokong penyaringan kesihatan setempat di negara-negara yang disebut di atas, sokongan haid dan psikologi kepada pekerja serta dasar kerja yang fleksibel pada semua peringkat.

Wanita Asia yang menetap di Singapura nampaknya lebih cenderung untuk menghidap endometriosis menyusup dalam, dengan tahap pendarahan yang lebih tinggi semasa haid, berbanding rakan-rakan Barat mereka.[1] Di Singapura, isu-isu haid muncul sebagai salah satu kebimbangan utama, dengan lapan dalam 10 orang wanita terkesan oleh keadaan sedemikian, menurut Kajian Kesihatan Wanita Doctor Anywhere dan Bayer.[2]

Menurut Guttmacher Institute, hampir 132 juta orang wanita umur reproduktif di Asia mempunyai keperluan yang tidak terpenuhi untuk pencegahan hamil moden yang mana mereka ingin mengelakkan kehamilan tetapi sama ada mereka tidak mengamalkan pencegahan hamil atau menggunakan kaedah-kaedah tradisional, yang kurang berkesan berbanding kaedah-kaedah moden.[3] Keupayaan untuk wanita memilih bilangan anak yang mereka mahukan, jika ada dan masa mereka mahu mempunyai anak adalah penting kepada pemerkasaan wanita dan pembangunan mampan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Kemampanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Atas kesemua sebab ini, Bayer telah menetapkan matlamat untuk menyediakan peluang pendidikan kepada 100 juta orang wanita di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana mengenai akses kepada perancangan keluarga menjelang tahun 2030.

Meningkatkan kesihatan, hak dan status ekonomi wanita merupakan langkah yang besar ke arah meningkatkan kesamarataan jantina. Tatkala wanita menjadi tumpuan dalam pelbagai aspek masyarakat, termasuk peranan kepimpinan dan membuat keputusan kesihatan keluarga, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk menangani kebimbangan kesihatan mereka yang unik dan menyediakan pendekatan tersuai bagi memenuhi keperluan tidak terpenuhi itu. Selain itu, apabila wanita menggalas pelbagai peranan dan sebagai penjaga, mereka sering memberi begitu banyak tumpuan untuk menjaga orang lain sehinggakan mereka lupa untuk mengutamakan kesihatan mereka sendiri.

‘Bayer For Her’ memperjuangkan di peringkat tempatan untuk wanita mencari jalan terbaik untuk mendapatkan bantuan daripada golongan profesional penjagaan kesihatan, rakan-rakan serta keluarga dan tidak menderita dalam diam. Kempen ini yang telah disenarai pendek sebagai Finalis dalam SABRE Awards APAC 2023 mendapat daya tarikan sepanjang tahun lalu – dengan lebih 18 rakan kongsi/NGO tempatan di lapan negara dan beribu-ribu golongan profesional penjagaan kesihatan serta pekerja Bayer menyertai perjuangan ini.

Berikut merupakan petikan pencapaian negara:

Indonesia

Dengan kerjasama Lembaga Penyelaras Perancang Keluarga Negara (BKKBN) dan Indonesia Midwives Association, beberapa siaran langsung melalui Instagram Bicara Kontrasepsi dan BKKBN telahpun dikendalikan untuk mendekati wanita berhubung topik pencegahan hamil. Aktiviti pekerja sukan “EmpowerHer” dengan kempen media sosial dan ceramah penjagaan kesihatan wanita bersiri bersama Golongan Profesional Penjagaan Kesihatan telahpun dijalankan untuk menyebarkan tentang kempen itu. Pada bulan Mac, dua pekerja tempatan ditampilkan dalam siri video Linkedin Bayer untuk berkongsi perjalanan peribadi mereka menjalani kehidupan dengan Endometriosis.

Malaysia

Selain daripada siri pendidikan Ask Maya sedia adanya pada Meta, Bayer berkolaborasi dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai pentingnya perancangan keluarga dan manfaat penggunaan kontraseptif. Dalam kempen “Choose with Confidence” yang akan diadakan sepanjang bulan September tahun ini, wanita yang layak dalam keluarga berpendapatan rendah akan mendapat akses kepada kaunseling dan kontraseptif bersubsidi di klinik-klinik Nur Sejahtera terpilih di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk membantu menangani halangan yang berkaitan dengan kos terutamanya untuk kumpulan berisiko tinggi.

Filipina

‘Bayer For Her’ dilancarkan di Filipina pada Ogos dengan kempen awal menerusi satu siri klinik perundingan sementara percuma di kedai-kedai ubat rakan kongsi terpilih bagi menggalakkan lebih ramai wanita mendapatkan nasihat pakar mengenai kesihatan reproduktif. Klinik sementara ini melalui rakan kongsi farmasi tempatan bertujuan untuk membantu mewujudkan ruang yang selamat untuk wanita bersuara dan menormalkan perbualan tentang kebimbangan kesihatan reproduktif mereka serta memecahkan halangan atau salah tanggapan biasa mengenai mengapa mereka tidak berunding dengan doktor mereka untuk mendapatkan sokongan yang mereka perlukan. Pencipta kandungan dan penyokong kesihatan reproduktif Say Tioco, Verniece Enciso dan bekas pemain bola tampar profesional Melissa Gohing-Nacino turut menggunakan platform ini untuk menyebarkan perbualan tentang penjagaan.

Singapura

Doktor GP biasanya merupakan titik hubungan pertama untuk kesihatan wanita dan penjagaan perubatan pencegahan, justeru itu Bayer bekerjasama dengan penyedia telekesihatan Doctor Anywhere (DA) untuk menjalankan tinjauan kesihatan wanita (Conversations of Care) pada tahun 2022 terhadap 1,212 wanita Asia di Singapura. Melalui usaha ini, Bayer berusaha untuk memahami pandangan mereka tentang pelbagai topik bermula daripada pencegahan hamil hingga kanser dan kesihatan haid. Tinjauan tersebut mengumpul maklum balas wanita tanpa nama mengenai kebimbangan kesihatan utama mereka, salah satu penemuan penting adalah amat jelas; Rakan sekerja dipilih sebagai kurang memahami tentang kebimbangan berkisarkan kesihatan wanita dan akibatnya wanita berasa tidak selesa bercakap dengan rakan sekerja mengenai kesihatan wanita mereka. Sebagai sebahagian daripada pelancaran dalaman kami, tinjauan tersebut mengingatkan kepada rakan sekerja wanita di pejabat untuk menjaga kesihatan mereka menerusi pemeriksaan dan penyaringan secara berkala di samping turut menggalakkan semua rakan sekerja untuk menyokong satu sama lain mengenai kebimbangan kesihatan mereka di tempat kerja melalui inisiatif syarikat yang disokong oleh dasar HR.

Korea Selatan

Bayer Korea membangunkan penunjuk utama, MVPT, bagi memantau kesihatan haid dan menjalankan tinjauan untuk 1,000 wanita Korea mengenai gejala haid mereka dan impak ke atas kehidupan harian. Memanfaatkan hasil tinjauan sebagai infografik termasuk senarai semak sendiri pendarahan haid berlebihan (HMB) pada platform sembang terkemuka negara ini, saluran KakaoTalk dan juga SNS (IG, Blog) melalui kolaborasi bersama individu-individu berpengaruh menghasilkan lebih 3,659,102 tontonan. Di samping itu, poster pendidikan dengan senarai semak sendiri dan maklumat penyakit diedarkan ke 600 klinik di seluruh negara dengan kod QR untuk akses mudah pesakit kepada maklumat mengenai HMB, dianggarkan memberi kesan kepada satu dalam tiga wanita.

Bandar Taipei

Lebih 60 pekerja dan ahli profesional penjagaan kesihatan daripada persatuan perubatannya dan NGO HOPE Foundation, Taiwan mengayuh ‘Bayer For Her’ dengan berbasikal sejauh 60km di sekitar bandar Taipei untuk menghasilkan bentuk rahim dalam usaha untuk #breakdiscrimination (menghapuskan diskriminasi), menggesa wanita agar #DoNotLiveWithPain (Tidak Hidup Dengan Kesakitan). Pengaktifan fizikal itu menghasilkan seruan tindakan untuk wanita memuat turun kod QR bagi penyemak endometriosis yang akan membawa mereka melalui geobatas ke lokasi terdekat mereka bagi OBGYN yang dipautkan di pusat perubatan dan hospital wilayah. Kempen tersebut bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang endometriosis dan meningkatkan diagnosis awal, tetapi turut mewujudkan pandangan positif untuk diterima oleh wanita.

Thailand

Merintis ‘Bayer For Her’ pada WCD2022 dengan perkongsian bersama Biro Kesihatan Reproduktif Jabatan Kesihatan dan Planned Parenthood Association of Thailand (PPAT) di bawah Naungan of Y.A.M. Ibu Ratu, Thailand menganjurkan satu siri acara pendidikan “Breaking Myths” secara dalam talian dan di Siam Square. Bersama-sama rangkaian farmasi Bangkok Drugstore, Boots Pharmacy dan P&F, wanita di Thailand boleh terus mendapat akses kepada maklumat pencegahan hamil yang betul. Bekerjasama lebih lanjut bersama pemimpin pemikiran digital termasuk pakar perubatan dan ahli farmasi, kempen TikTok 3-bulan dimulakan untuk memacu #ConversationsofCare tempatan, didorong oleh video wira tempatan pada saluran Meta termasuk “Pantip”. 

Vietnam

Berasaskan sains, platform ‘Science for Her’ Vietnam menyatukan bahagian-bahagian Farmaseutikal dan Kesihatan Pengguna untuk memenuhi pelbagai jenis keperluan penjagaan kesihatan wanita merentas semua peringkat kehidupan. Melalui perkongsian strategik dengan menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) di National Hospital of Obstetrics dan Gynecology dan Hung Vuong Hospital serta Persidangan OBGYN Perancis-Vietnam yang dihadiri oleh ribuan delegasi, Bayer Vietnam bermatlamat untuk mendorong kolaborasi bersama organisasi-organisasi OBGYN antarabangsa serta pakar-pakar bagi membolehkan pemindahan pengetahuan dan pertukaran maklumat dengan komuniti perubatan tempatan. Dalam jangkauan pengguna, aktiviti yang disesuaikan dengan dua rangkaian farmasi terkemuka serta strim langsung memperkasa wanita mengenai penjagaan diri, gaya hidup aktif dan pencegahan penyakit. Bayer Vietnam telahpun bekerjasama dengan Pejabat Am Penduduk dan Perancang Keluarga Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan dan akses yang lebih baik kepada wanita Vietnam selama lapan tahun berturut-turut.

Latar Belakang Bayer

Bayer ialah sebuah perusahaan global dengan kecekapan teras dalam bidang sains hayat penjagaan kesihatan dan pemakanan. Produk dan perkhidmatannya dibangunkan untuk membantu manusia dan planet ini berkembang maju dengan menyokong usaha untuk menguasai cabaran besar yang dibawa oleh penduduk global yang semakin bertambah dan meningkat usia. Bayer komited untuk memacu pembangunan mampan dan mencetuskan impak positif dengan perniagaannya. Dalam masa yang sama, Kumpulan ini menyasarkan untuk meningkatkan kuasa perolehannya dan mencipta nilai melalui inovasi dan pertumbuhan. Jenama Bayer mewakili kepercayaan, keandalan dan kualiti di seluruh dunia. Pada tahun fiskal 2022, Kumpulan ini menggaji sekitar 101,000 pekerja dan mencapai jualan sebanyak 50.7 bilion euro. Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum item khas berjumlah 6.2 bilion euro. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.bayer.com.  

Dapatkan maklumat lanjut di https://pharma.bayer.com/ 

Ikuti kami di Facebook: http://www.facebook.com/bayer 

Ikuti kami di Twitter: @BayerPharma

Kenyataan Pandang Ke Hadapan

Siaran ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan kepada andaian dan ramalan semasa yang dibuat oleh pihak pengurusan Bayer. Pelbagai risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain boleh membawa kepada perbezaan yang ketara antara keputusan masa depan sebenar, keadaan kewangan, perkembangan atau prestasi syarikat dan anggaran yang diberikan di sini. Faktor-faktor ini termasuk yang dibincangkan dalam laporan awam Bayer yang tersedia pada laman web Bayer di www.bayer.com. Syarikat ini tidak menanggung apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini atau untuk menyelaraskannya dengan peristiwa atau perkembangan masa depan.

 

[1] Health Xchange SG, Endometriosis: Asian Women May Be at Higher Risk, SingHealth Group https://www.healthxchange.sg/women/urology/endometriosis-asian-women-higher-risk

[2] Women’s Health Survey 2022 dijalankan oleh Doctor Anywhere dan Bayer https://doctoranywhere.com/womens-health-survey-2022/

[3] Guttmacher Institute, Abortion Worldwide 2017: Uneven Progress and Unequal Access, Susheela Singh et al, Mac 2018 https://www.guttmacher.org/report/abortion-worldwide-2017

 

SOURCE Huawei

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.