Utama PRNewswire Artmarket.com: Perancis memperoleh pengekalan VAT pada kadar yang dikurangkan iaitu 5.5% bagi...

Artmarket.com: Perancis memperoleh pengekalan VAT pada kadar yang dikurangkan iaitu 5.5% bagi Pasaran Seni, suatu kemenangan besar dengan kelebihan yang sangat besar menurut Artprice

142
0
Artmarket.com: Perancis memperoleh pengekalan VAT pada kadar yang dikurangkan iaitu 5.5% bagi Pasaran Seni, suatu kemenangan besar dengan kelebihan yang sangat besar menurut Artprice
PARIS, 25 September 2023 /PRNewswire/ — Para profesional pasaran seni Perancis akan berasa amat lega dengan berita ini. Kerajaan Perancis telah memutuskan untuk mengekalkan kadar VAT pada 5.5% untuk jualan awal dan import karya seni dari negara-negara di luar Kesatuan Eropah, yang menjadi bukti bahawa kedua-dua Menteri Perancis, (Rima Abdul Malak untuk budaya dan Bruno Le Maire untuk ekonomi) berjaya mempertahankan hujah mereka menentang tekanan dari Brussels.

 

Artmarket.com: Perancis memperoleh pengekalan VAT pada kadar yang dikurangkan iaitu 5.5% bagi Pasaran Seni, suatu kemenangan besar dengan kelebihan yang sangat besar menurut Artprice

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2219463/Artmarket_1.jpg

Sekiranya mereka gagal, terdapat risiko yang tinggi bahawa VAT akan dinaikkan kepada 20% sebelum 1 Januari 2025, yang sudah pastinya akan memecahkan dinamik pasaran seni Perancis yang kini merupakan pasaran seni negara yang keempat terbesar di dunia mengikut Artprice.com by Artmarket.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perancis telah mengumpulkan beberapa isyarat yang sangat positif terhadap kemunculan semula pasaran seninya. Ini termasuk kehadiran yayasan persendirian yang besar seperti Fondation Louis Vuitton dan Pinault Collection, penggantian FIAC dengan Paris+ (anjuran Art Basel),  ketibaan dan/atau pengembangan galeri antarabangsa utama seperti Gagosian, Zwirner, Skarstedt, Max Hetzler, Thaddaeus Ropac, Continua, Marian Goodman dan pengambilalihan oleh Bonhams baru-baru ini terhadap rumah lelongan Cornette de Saint Cyr dari Perancis, termasuk kebangkitan dua buah rumah lelongan global utama iaitu Christie’s dan Sotheby’s, di mana kedua-duanya dimiliki oleh taikun perniagaan Perancis (masing-masing iaitu François Pinault dan Patrick Drahi) dan kejayaan transformasi Drouot dan Arcurial (keluarga Dassault), rumah lelongan terkemuka di Perancis dari segi perolehan yang kini berada di kedudukan ke-14 antara 20 buah rumah lelongan terkemuka di dunia.

Sejak Brexit, pasaran seni Perancis telah menjadi penerima manfaat utama disebabkan kedudukannya sebagai pintu masuk utama ke Kesatuan Eropah (EU).

Kenaikan kadar VAT kepada 20% akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada seniman, peniaga barang antik, peniaga seni dan rumah lelongan, tetapi juga pada keseluruhan ekosistem pasaran seni yang meliputi puluhan ribu pekerja dalam bidang berkaitan yang merangkumi daripada pembinaan bingkai kepada kewartawanan, daripada pemulihan kepada pengangkutan, daripada logistik kepada keselamatan dan daripada pelancongan kepada insurans.

Pada bulan Mac 2023, pemilik galeri Paris, Kamel Mennour telah memberitahu akhbar Le Monde (temu bual oleh Harry Bellet) “Sekiranya kenaikan ini menyukarkan saya untuk menjual hasil karya mereka, adalah jelas bahawa saya akan kurang berminat untuk menandatangani seniman baharu“. Kini, setelah VAT dikekalkan pada 5.5%, maka Kamel Mennour boleh menarik nafas lega…

Artprice.com by Artmarket mengucapkan tahniah atas keputusan kerajaan.

VAT sebanyak 20% akan menjejaskan pasaran seni di Perancis secara keseluruhan dan akibatnya, ia akan merosakkan keyakinan dan dinamisme pelanggan Artprice.com by Artmarket dari Perancis Seterusnya – sebagai Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni selama lebih 25 tahun –  Artprice menyatakan bahawa pelanggan Perancisnya, yang mewakili kurang 5% daripada jumlah pelanggan mereka beberapa tahun lalu, kini mewakili lebih 10% (lihat dokumen rujukan universal Artmarket.com yang didaftarkan dengan AMF, Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan Perancis), yang menunjukkan bahawa penyertaan pengumpul dari Perancis telah meningkat sebanyak dua kali ganda.

Oleh itu, kadar VAT yang dikurangkan kepada 5.5% akan terus dikenakan pada tahun 2025 untuk jualan awal serta import karya seni dari luar EU. Kadar itu akan dikenakan pada jumlah harga dan bukan hanya pada margin, yang akan menjejaskan jualan margin rendah dengan amat sedikit.

“Sebagai contoh, kadar VAT sebanyak 20% akan menghalang pengembalian lukisan zaman Impresionisme atau karya agung seni Moden daripada seniman-seniman seperti Picasso, Matisse dan Manet ke negara kita, yang kini tidak lagi berada di Perancis walaupun ia dihasilkan di Perancis dan diminati oleh para pengumpul Perancis. Seni bukanlah barangan pengguna yang biasa: sesebuah Negara diperkaya dengan importnya serta hasil seni seniman ‘tempatan’. Sebaliknya, pemergian khazanah negara yang besar memberi kesan buruk kepada Negara yang kehilangannya.” Idea ini dinyatakan dengan berani oleh wartawan, Martine Robert yang menjadi ‘pemberi maklumat’ untuk tujuan ini kepada akhbar ekonomi Perancis, Les Échos pada bulan Februari 2023 lepas.

thierry Ehrmann – pengasas Artprice yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Artmarket.com, malah beliau sendiri seorang pengarca (lihat biografi beliau di Who’s Who In France)  –  telah melakukan pemerhatian berikut: “Keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini akan memastikan bahawa kedinamikan Pasaran Seni Perancis tidak terganggu. Kami berasa gembira dengan keputusan berani daripada Menteri kami, Rima Abdul Malak dan Bruno Le Maire. Artprice.com by Artmarket telah bekerjasama dengan semua penggiat dalam pasaran seni Perancis selama lebih 25 tahun, malah ia tahu sejauh mana kadar VAT boleh memberi kesan kepada prestasi baik pasaran seni. Sebagai seorang pengarca, saya telah mengikuti penciptaan artistik di Perancis dengan penuh minat selama 40 tahun, dan ia sekali lagi berkembang di seluruh dunia. Langkah ini akan memberi jaminan yang besar kepada seniman Perancis.”

Berdepan dengan pasaran seni yang menjadi semakin global, Perancis kekal sebagai sebuah pasaran yang kukuh dan berdaya saing.

 

Geographical distribution of Fine Art auction turnover in H1 2023

Infografik – https://mma.prnewswire.com/media/2219464/Artmarket_2_Infographic.jpg

Kedudukan Perancis dalam pasaran seni Eropah dan global

Pada separuh pertama tahun 2023, rumah lelongan Perancis telah menjual sebanyak 54,000 lot seni halus yang menjana jumlah perolehan bernilai $384.3 juta. Jabatan ekonometrik Artprice.comtelah membuat pengiraan bahawa Perancis menyumbang sebanyak 5.9% daripada nilai keseluruhan jualan lelongan seni global, (yang membuatkannya berada di tempat ke-4 di dunia) dan 50% daripada pasaran seni Eropah. Dan ia semakin menghampiri tempat ke-3 Teratas.

Beberapa negara Kesatuan Eropah yang lain turut memainkan peranan penting dalam pasaran seni global, walaupun pada skala yang lebih kecil: Jerman (2.8% daripada perolehan lelongan seni global), Itali (1.5%), Switzerland (1.3%), Austria (0.8%), Poland (0.6%), Belgium (0.6%). Pasaran Jerman yang kurang berpusat berbanding Perancis, merupakan negara jiran yang paling kukuh dan Sotheby’s baru-baru ini telah melancarkan sesi jualan baharu di Cologne. Baca laporan Artprice by Artmarket tentang pasaran seni di: https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2022

Persaingan dengan United Kingdom 

Walaupun berlaku Brexit, United Kingdom masih menyumbang sebanyak 17% daripada perolehan lelongan seni global dengan kadar VAT sebanyak 5%. Persaingan antara London dan Paris amat ketara pada bulan Oktober setiap tahun.

Dalam beberapa minggu lagi, Frieze London dan Paris+ by Art Basel akan berlangsung secara berturut-turut. Buat pertama kalinya Paris+ by Art Basel akan bersaing pada kedudukan yang sama dengan Frieze, disebabkan kuasa Art Basel. Secara keseluruhannya, Oktober merupakan tempoh yang sengit di mana galeri-galeri yang paling berprestij memutuskan sama ada untuk melakukan perjalanan merentasi Saluran atau tidak. Ia juga merupakan masa penting di mana rumah lelongan menganjurkan jualan besar dan beberapa organisasi memilih untuk membuat pengumuman penting kepada akhbar dunia. Sebagai contoh, hadiah Marcel Duchamp, dianugerahkan pada setiap bulan Oktober oleh ADIAF (Artprice.com by Artmarket ialah penaungnya) kepada seniman dari persada seni Perancis di Pusat Pompidou di Paris.

Menurut jabatan ekonometrik Artprice.com,pada tahun 1960, bahagian Perancis dalam pasaran seni global ialah sebanyak 62%. Pepatah lama pasaran saham “harga yang pernah dicapai dahulu, lambat laun akan sentiasa di perolehi kembali,” turut berfungsi dalam bidang ekonomi…

Lebih 23 tahun yang lalu, apabila Artprice secara muktamad menjadi Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni susulan pengambilalihan yang menakjubkan dan tidak dijangka terhadap Sound View Press NY yang menerajui Amerika, terdapat kepercayaan meluas dalam kalangan sektor kewangan dan ekonomi bahawa ibu pejabat Artprice pasti akan dipindahkan ke pejabatnya di New York. Keputusan untuk tinggal di Perancis sememangnya satu keputusan yang berani. Hari ini, Perancis boleh berasa yakin bahawa Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni, Artprice.com by Artmarket akan kekal di Perancis.

Imej: [https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2023/09/image1-Rima-Abdul-Malak-Culture-Bruno-Lemaire-Economy-Finance.jpg] [https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2023/09/image2-geographical-distribution-fine-art-auction-turnover-H1-2023.png]

Hak Cipta 1987-2023 thierry Ehrmann www.artprice.com www.artmarket.com

Tentang Artmarket

Artmarket.com disenaraikan di Eurolist oleh Euronext Paris, SRD untuk jangka lama sahaja dan Euroclear: 7478 – Bloomberg: PRC – Reuters: ARTF.

Temui Artmarket dan jabatan Artprice dalam video: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artprice ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artprice dikawal oleh Groupe Serveur yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who’s who © di:
https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2023/04/2023_2_Biographie-thierry-Ehrmann_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket ialah sebuah syarikat global dalam Pasaran Seni bersama-sama dengan struktur lain yang antaranya adalah jabatan Artprice, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan penerokaan maklumat pasaran seni masa kini dan masa lalu dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan serta meliputi lebih 817,000 orang seniman.

Artprice by Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat mengenai pasaran seni telah menetapkan sendiri matlamatnya melalui Global Standardized Marketplace miliknya untuk menjadi platform NFT Seni Halus yang terkemuka di dunia.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had kepada bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: mengandungi tidak kurang daripada 180 juta imej digital fotografi atau penghasilan semula karya seni ukiran dari tahun 1700 hingga ke hari ini yang diulas oleh pakar sejarah kesenian kami.

Artmarket dengan jabatan Artprice mengumpul data secara tetap daripada 7,200 buah Rumah Lelongan dan menerbitkan maklumat Pasaran Seni yang penting untuk akhbar-akhbar utama dan agensi media (7,200 penerbitan). Penggunanya yang seramai 7.2 juta (‘log masuk ahli’ dan media sosial) mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, sebuah rangkaian yang hari ini mewakiliGlobal Standardized Marketplace® terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau harga bidaan (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Artikel L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarket bersama-sama dengan jabatan Artprice miliknya, telah dua kali dianugerahkan dengan label Negara, “Innovative Company” (Syarikat Inovatif) oleh Public Investment Bank (BPI) yang telah menyokong syarikat ini dalam projeknya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain global dalam pasaran seni.

Laporan Pasaran Seni Global Artprice by Artmarket, “The Art Market in 2022”, diterbitkan pada bulan Mac 2023:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2022

Artprice mengeluarkan Laporan Pasaran Seni Ultra Kontemporari 2022:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2022

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artprice:
https://serveur.serveur.com/artmarket/press-release/en/

Ikuti semua berita Art Market dalam masa nyata bersama-sama dengan Artmarket dan jabatan Artprice di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 6.3 juta pengikut)

twitter.com/artmarketdotcom 

twitter.com/artpricedotcom 

Terokai keajaiban dan dunia Artmarket serta jabatan artprice di https://www.artprice.com/video yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal, “The Abode of Chaos” (gelaran dari The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

La Demeure du Chaos / Abode of Chaos
GESAMTKUNSTWERK & SINGULAR ARCHITECTURE
Karya dwibahasa sulit kini dibuka kepada orang ramai:
https://ftp1.serveur.com/abodeofchaos_singular_architecture.pdf

Hubungan untuk Artmarket.com dan jabatan Artprice – Sila hubungi:  Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1009603/Art_Market_logo.jpg

Art Market Logo

 

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.