Bagi anda yang sedang mencari-cari telefon pintar Android pada harga yang sesuai dengan bajet, anda mungkin boleh mempertimbangkan Samsung Galaxy J Pro Series (2017). Secara rasminya hadir ke pasaran Malaysia, siri peranti ini hadir dengan tiga variasi pilihan J3 Pro, J5 Pro, dan yang paling tinggi spesifikasinya J7 Pro.
Antara ketiga-tiga telefon pintar keluaran Samsung ini, J7 Pro adalah paling lengkap serta yang paling mahal. Ia menampilkan paparan Super AMOLED 5.5-inci 1080p, Pemprosesan lapan teras 1.6GHz yang dipadankan dengan RAM 3GB, storan 32GB yang boleh dikembangkan, kamera belakang 13MP f/1.7, kamera depan 13MP f/1.9 dan juga bateri 3,600mAh.
Seterusnya, J5 Pro, yang sebenarnya telah pun hadir ke pasaran Malaysia minggu lepas menampilkan spesifikasi yang hampir serupa dengan J7 Pro. Cuma dibezakan dengan paparan yang lebih kecil iaitu Super AMOLED 5.2-inci 720p serta bateri yang lebih kecil sedikit kapasitinya, 3,000 mAh.
Paling murah di antara Samsung Galaxy J Pro Series (2017) ini, J3 Pro pula dilengkapi dengan paparan LCD TFT PLS 5-inci 720p, sebuah pemprosesan empat teras 1.4GHz dengan RAM 2GB, storan dalaman 16GB dengan sokongan untuk dikembangkan melalui kad mikroSD sehingga 256GB – kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP serta bateri berkapasiti biasa-biasa sahaja 2,400mAh.
Samsung Galaxy J7 Pro dijual pada harga RM1,299 untuk pasaran di Malaysia. Manakala J5 Pro dan J3 Pro pula masing-masing RM1,149 dan RM699. Bermula hari ini sehingga 30 September 2017, setiap pembelian telefon-telefon pintar ini akan didatangkan bersama jaminan tambahan dan pelindungan keretakan skrin selama setahun secara percuma.
Sumber berita diperoleh dari Samsung Malaysia
sejak beli fon skrg yg tak pernah hang ni, dah x terfikir dah nk tukar fon lain.. hehehe