Telefon pintar mercu keluaran Xiaomi, Mi 9 yang akan memasuki ke pasaran Malaysia sekitar April ini akan dijual pada harga RM1,999.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari salah satu wakil pengedar Xiaomi di Malaysia, DirectD menyatakan model yang memasuki ke pasaran tempatan adalah berspesifikasi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.
Xiaomi Mi 9 menawarkan kuasa pemprosesan cipset Snapdragon 855, paparan skrin 6.39-inci, kamera utama dengan tetapan tri-kamera iaitu 48MP + 16MP + 12MP dan kamera swafoto 20MP. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mAh.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada lagi sebarang pengumuman mengenai tarikh ianya akan mula memasuki pasaran Malaysia.
Sumber berita diperoleh dari DirectD